Pages

Thursday, 2 June 2016

PUISI : Harapan Seorang Pendidik

Aku berjalan menyusuri jalan setapak demi setapak
Pada sebuah pemukiman
Tempat pelbagai anak bangsa berkumpul
Berteduh dari rintikan air hujan
Mencuba menghindar dari terik panasnya matahari
Tempat yang sering mereka sebut 'Kolej'

Saat aku berjalan,
Ku lihat anak bangsa
Dengan seragam segak yang dikena
Dengan semangatnya menuntut ilmu,
Seperti api yang menyala-nyala
Dan takkan pernah padam

Aku kembali berjalan, 
Sesaat ku dengar rintihan anak bangsa
"Ibu, Bapa, Aku ingin belajar seperti mereka. Aku juga punya impian,
harapan dan masa depan," rintihnya. 

Hari berlalu, minggu berlalu, bulan pun berlalu
Semangat dan azam itu datang
Semangat dan azam itu hilang
Semangat dan azam itu tenggelam

Anak-anakku,
Apa kalian tak melihat?
Kesusahan ibu bapamu
Apa kalian juga tak melihat?
Susah dan payah pendidikmu
Apa mungkin kalian terlalu sibuk?
Terlalu sibuk dengan perkara remeh
dan terlalu sibuk dengan dunia sendiri

Atau mungkin kalian lupa?
Tiap kali janji manis kau ucapkan
Di depan ibu bapa dan pendidikmu
Janji manis untuk menggenggam kejayaan
Peneraju pemimpin masa hadapan
Penerus legasi kejayaan agama, bangsa dan negara

Tak ingatkah kalian, wahai anak-anakku?
Saat bermula pengajian
Saat bermula semester baru
Kalian dibebani dengan kuiz, ujian, tugasan, amali, dan projek
Kalian merungut, mengeluh,
Kalian mencemuh, mengkecam,
Tidak cukup dengan itu…kalian memberontak pula
Untuk apa? Untuk apa? Untuk apakah semua ini?

Tidak…tidak…tidak…
Kalian silap dengan tafsiran sendiri
Kalian silap dengan sangkaan sendiri
Kalian silap dengan langkah sendiri

Anak-anakku, Tak sedarkah?
Ibu bapa dan pendidik telah pertaruhkan segalanya
Dari impian, harapan, hingga masa depan
Tapi apa balasan dari tiap satu suara 
dan satu kepercayaan yang kami pertaruhkan?
Adakah hanya sebatas penipuan dan angan-angan 
yang nampak mustahil menjadi kenyataan

Kami hanya berharap
Suatu saat, anak-anak ini
Berjaya intelektual dan rohani
Berjaya sahsiah dan emosi
Berjaya di dunia dan akhirat

Nukilan: 
NUR AZLINA BINTI JALALUDDIN
Pensyarah
Program Pengoperasian Perniagaan

Puisi ini khusus untuk anak-anak didikku SPP 4 yang sedang menjalani praktikal,
SPP 3A dan SPP 3B yang bakal menjalani praktikal tidak lama lagi
dan semua anak2 didik SPP 2 dan SPP 1...

Puisi ini telah dideklamasikan buat pertama kalinya bersama Pn. Aishah pada Majlis Pra Graduasi Program Pengoperasian Perniagaan 2016, 26 Mei 2016

Wednesday, 13 April 2016

Imam Muda yang baru dilahirkan...Muhammad Harraz Az Zihni bin Abdul Hakim

Assalamualaikum..berkurun lama PP xberblog..

Actually sekarang ni PP sedang busy menjadi student part time..buat MBA kat UTM. Hurm...tapi kali ni PP xnak story pasal life as a student, PP juz nak story tentang baby baru PP..anak yang keempat..imam muda yang ke 3 untuk PP dan husband.

Nama baby ni...

Muhammad Harraz Az Zihni bin Abdul Hakim..

Maksudnya Yang terpuji, Yang warak, dan kefahamanku...

baby Muhammad Harraz Az zihni bin Abdul Hakim


Lahir seberat 3.4 kg pada 10 Februari 2016 di Klinik Bersalin An-nur, Shah Alam..
Alhamdulillah memang mudah sangat proses bersalin baby zihni ni..may be sbb minum minyak kelapa dara and paling penting bantuan daripada Allah serta iringan doa yang ikhlas drpd suami tercinta.

And..this is the first time PP bersalin kat private..sangat berbeza pengalaman bersalin di private dengan government..yang paling penting, aurat memang terjaga sepanjang proses bersalin di private. Yang penting lagi siapkan duit je..heh..tp klinik ni rate harga mmg ok sangat..dan PP sangat berpuas hati. Doktor and misi pun sangat2 friendly. Az-zakwan, Az-zikri dan Az-zahra' mmg sangat2 menyayangi baby zihni..seronok sangat bile tgk baby dah keluar drpd perut ibu.heh..

dengan ibu yang tersayang

ok..nanti kite story lagi ek tentang baby az zihni. Salam sayang untuk semua..ibu sayang sangat2 kat az zihni. Bermula la episod ibu anak empat, isteri, pekerja dan MBA student part time..hu..hu..
Ya Allah bantulah hambaMU ini yaAllah, mudahkanlah urusan hambaMU ini dunia dan akhirat..amin..

Jom kite LAYAN gambar dulu...

saat-saat az zihni duk kat ward sbb kene kuning

az zihni dengan ayah tersayang

heh..kene cukur rambut pun boleh tido xnak bangun

baby az zihni dan abg az-zakwan

baby az zihni dan kakak az zahra'

baby az zihni dengan abg az-zikri yg tengah tido

Monday, 26 January 2015

Puteri Permata Hati ayah dan ibu



baby faqihah bersama ayah tercinta
Assalamualaikum..mohon maaf sebab dah lame betul PP xupdate blog..(heh..ade peminat ke blog ni?..isk..isk..xpe..follower xde pun yg penting blog ni utk kenangan PP n family)..

ok..sekarang ni nak story and nak introduce ...


baby NUR FAQIHAH AZ ZAHRA'...


masih ingat lagi tak last entry PP tulis sebelum PP cuti bersalin 3 bulan..mase tu PP bayangkan after 3months cuti bersalin...baru nak update post entry pasal baby..tp terlalu byk keje ofis yg menanti mase first day bekerja semula..

Alhamdulillah, ALLAH makbulkan doa PP untuk dapat baby girl..ini la dia


NUR FAQIHAH AZ ZAHRA' BINTI ABDUL HAKIM...

ala..la..baru lahir dah pandai kenyit mata ek
si bulat..dan mata pun bulat
saat tengah mandi terserlah kulit yang merah2 putih tu..dan terserlah keTEMBAMAN baby faqihah ni
siapa lagi tinggi..abg zikri ke saya?
dgn ibu tercinta nak p cucuk 1 bulan
alahamdulillah..dah pandai meniarap
hari pertama balik dari nursery..muka letih sbb xnak menyusu susu ibu dlm botol

Ok lah..got to go now..semoga semua anak-anak ibu menjadi anak-anak2 yang soleh dan solehah..

MUHAMMAD HAFIZ AZ-ZAKWAN BIN ABDUL HAKIM
MUHAMMAD HAZIQ AZ-ZIKRI BIN ABDUL HAKIM
NUR FAQIHAH AZ ZAHRA' BINTI ABDUL HAKIM

semoga kalian bakal menjadi hafiz dan hafizah AL_QURAN dan menjadi insan yang dapat berbakti kepada ISLAM, masyarakat dan negara...

AYAH & IBU LOVE ALL OF U SO MUCH..
p/s: bau lemak baby memang best dan akan terkenang2 kalo p outstation kan..baby tinggal kat rumah msti rindu nak peluk cium baby kan..(sape ibu yang bekerja setuju sila angkat tgn skang)

thn 2015 nak mengandung dan bersalin lagi..(doakan PP tau..amin..)

Thursday, 13 February 2014

LAST DAY KERJA sebelum bersalin

Wah..dah lame betul PP xberblog..sebenarnye terlalu busy sejak sem baru Januari 2014 start..PP pulak nak cuti bersalin dah..jadi mcm2 kerja-kerja yang perlu diselesaikan sebelum pass kat org lain nak hand over..heh..

OK..hari ni nak bgtau kat semua yang PP dah last day keje sebelum bersalin..actually due ate bersalin 19/2/2014 (Rabu) next week..tapi PP buat keputusan nak cuti je hari isnin next week..kalau ikutkan PP dah xlarat nak p keje this week, tp kuatkan semangat gak p keje sbb this week student PP cuti semester..jadi PP xperlu turun naik tangga sgt nak masuk kelas..the whole week minggu ni PP busy menyelesaikan kerja-kerja tertangguh untuk diserahkan kpd orang lain.

Actually kalau PP xsakit bersalin pada hari isnin next week, hari selasa 18/2/2014, PP dah kene warded..and then 19/2/2014 (Rabu) kene paksa bersalin @ induce..hu..hu..takutnyer..mudah-mudahan PP akan sakit sebelum warded sbb xnak dok hospital lame2 dan paling ngeri xnak kene induce..ini lah akibatnyer kalo ade kencing manis mase mengandung.. (mase mengandung kan zakwan & zikri xde kes kencing manis pun...kali ni sangkut pulak..dugaan mengandung..heh..tp darah PP sentiasa ok je)

Doakan PP selamat bersalin dgn mudah dan selamat semuanya untuk ibu dan baby..lepas ni PP akan menjadi ibu kpd 3 orang anak..hu..hu..dah masuk 3 anak..hopefully dpt baby girl kali ni..sbb PP dah ada 2 orang imam muda..

PP dan Suami tersayang : En. Hakim pun kene prepare fizikal dan mental untuk sepanjang berpantang..ok, wassalam..jumpa dalam entri akan datang dgn gambar2 baby pulak dan kisah dalam pantang dan cuti bersalin..PP nak cuti bersalin 3 bulan kot..of course 3 bulan..(heh..anak ke 4 nanti cuti bersalin tinggal 2 bulan je)..
2 orang imam muda yang bakal menjadi abg kpd baby..abg zakwan & abg zikri

Wednesday, 27 November 2013

FIESTA KEUSAHAWANAN 2013



Alhamdulillah..setelah sekian lama blog PP xupdate, akhirnya dapat gak PP coretkan sesuatu hari ni. Kali ni nak story tentang Fiesta Keusahawanan 2013 yang berlangsung pada 25 - 26 Nov 2013..berkonsepkan 1 program 1 bisnes..

Ok, nak dijadikan cerita, anak-anak PP (student ON4) sem ni sgt2 bertuah sbb final exam LA 04 : Pengendalian Aktiviti Perniagaan diorg menjadi besar-besaran sbb dapat peluang berniaga untuk warga KKKL dan juga pihak komuniti setempat..crowd pun agak ramai sbb ada 3 program berlaku serentak iaitu Penutup Jom Masuk Kampung, Pertandingan Kemahiran & Inovasi, Fiesta Keusahawanan.

Tahniah kepada anak-anak PP sebab berjaya all out tenaga, masa, dan komitmen yang bersungguh - sungguh nak dapatkan markah final exam dan sekaligus nak dapatkan keuntungan..Anak-anak PP jual ape???heh..kalau ikutkan ada lebih kurang 20 gerai sepanjang fiesta keushawanan ni (15 gerai student, 5 gerai IKS), jual heavy menu, simple menu, perkhidmatan lukisan kartun, dan yang paling syok ada rumah hantu..

Anak-anak PP jual set burger bakar, add on wedges / sosej(burgembira station), nasi tomato, jersi, sosej roll, roti sardin (be our buddies), nasi campur, donat, air flot (kampung style)..Korang mmg hebat, tahniah..dah berjaya menempuhi pelbagai suka duka cabaran nak melaksanakan jualan kan???at least diorg tahu susahnya nak dapatkan keuntungan kalau tak berusaha bersungguh-sungguh nak tarik customer..yang paling sedih, kalau xbalik modal..mmg xberbaloi langsung berpenat lelah 2 hari..muka diorg ni mmg nmpk kepenatan sgt2 mase majlis penutup gerai.

Walaupun anak-anak PP dah kepenatan, tp usaha diorg mmg berbaloi-baloi bile diorg menang dalam pertandingan gerai tercantik dan gerai paling kreatif sempena Fiesta Keusahawanan 2013. Nak tau diorg menang ape???

Gerai Tercantik (Tempat Pertama) : Be Our Buddies
Gerai Tercantik (Tempat Kedua)    : Burgembira Station
Gerai Paling Kreatif (Tempat Pertama) : Kampung Style

Selain tu, antara 3 gerai bagi kelas ON4 ni, anak-anak PP ada gak buat pertandingan pemilihan kategori gerai tau:

Gerai Marvelicious : Kampung Style - Gerai ni jual makanan sedap2 katenyer..
Gerai Paling Kecoh : Be Our Buddies - Gerai ni mmg kecoh & havoc sbb ade siren oleh Pak Cik Bad
Gerai Superb : Burgembira Station - Gerai ni superb sgt kot, sbb mampu jual burger bakar..heh..bukan semua org tahu nak buat burger bakar kan..PP pun xtau

Ok la, tahniah untuk semua, korg pun dah tamat study, cume yang terkilannya sebab dayana perlu tangguh LA 04 sbb xboleh bagi komitmen fizikal & mental untuk final kali ni: untuk dayana, jaga diri baik2 semoga cepat sembuh, xlupa gak untuk Fatin : br je menjalani operation, semoga cepat sembuh, dan tqvm bagi komitmen hadir final LA04. Untuk yang lain2..Farhana, Bad, Imah, Izzati, seha, Aliaty, sara. linda, fida, wani, riza, aina, renukha, hema, nisa, syafiq dan nazrull..belajar rajin2 dan yakin dengan diri sendiri yg awak semua boleh berada pada tahap yg lebih baik drpd sekarang..LOVE U ALL!
kenangan terakhir dengan ON 4 Julai 2013

fatin dgn baju kurung kedah & kain batik : ala-ala kampung style gitu! hu..hu..