semalam bermula 1 Julai 2013 merupakan kelas pertama bagi perkuliahan semester baru..sem ni Pensyarah Perniagaan (PP) dapat 19 orang anak angkat..anak PP baru je 2 orang..insyaAllah masuk 3 orang tahun depan (hujung bln 2 or awal bln 3)..kali ni PP berlatih lagi dapat anak ramai-ramai..cuma anak-anak kali ni dapat yang dah besar n dewasa..sem lepas lagi ramai, 25 orang anak. Harap2nya anak-anak PP kali ni pun anak-anak yang baik n sentiasa berdisiplin menepati etika berpakaian ke kolej & menepati masa setiap kali datang kelas.
ok, memandangkan semalam adalah kelas first, PP hanya berkenalan dengan anak-anak PP dan menguruskan permohonan elaun wang saku (EWS) bagi anak-anak PP yang layak. Kesian gak pada anak-anak PP yang tidak layak dapat EWS termenung & tak tau nak buat ape, jadi solutionnyeeeeeee...PP suruh mereka bersembang & berkenalan dengan rakan2 sekelas. Sepanjang PP menyemak borang EWS pelajar, at least semua anak-anak PP belajar sesuatu yang informal daripada modul SMK Pembangunan Perniagaan. Belajar ape???
Mereka belajar empat perkara semalam sekiranya mengisi sesuatu borang yang rasmi:
- Borang rasmi perlu ditulis menggunakan pen hitam, (elakkan penggunaan pen biru, merah, atau warna pelangi walaupun hakikatnya cantik)
- Borang rasmi yang disertakan dengan salinan dokumen perlu dibuat salinan diakui sah @ certified true copy (CTC). PP belum pernah dengar orang cakap dah buat SDS tetapi biasanya orang akan tanya dah buat CTC pada dokumen??? or dah buat salinan diakui sah pada dokumen???
- Sekiranya terdapat dokumen yang hendak dibuat CTC, cop salinan diakui sah terlebih dahulu, kemuadian copkan nama individu yang hendak mengesahkan perlu berada di bahagian bawah cop CTC. faham ke tak??? kalau tak faham, rujuk gambar 1 dan gambar 2.
gambar 1: cara cop pengesahan yang salah, sebab cop individu yang nak sahkan tu, jauh sangat gambar 2: cara cop pengesahan yang BETUL
- Kalau nak gunakan cop, pastikan kepala cop getah berada di atas, (rujuk gambar 3 untuk kenal kepala cop, yang dalam bulatan merah tu) supaya anda tidak cop dalam keadaan terbalik..(nanti jangan terkial-kial kalau nak gunakan cop, sebab anda akan nampak seperti profesional kalau dah boleh find out yang mana kepala cop. heh..lagipun tak sia-sia la belajar SMK Pengendalian Pejabat & SMK Pengendalian Sumber Manusia)
gambar 3
No comments:
Post a Comment