last week, saya sebenarnya mengajar 2 kursus pendek di Kolej Komuniti Kuala Langat sempena cuti sekolah. kurus tiramisu dan kursus aiskrim. memandangkan student saya pun tengah cuti semester, jadi lecturer yang free memang digalakkan handle kursus pendek. tak kisah pun nak mengajar / jadi pengurus projek.
Kursus Pembuatan Aiskrim Oreo ni bertempat kat makmal sains, kenapa kat makmal???sebab kat makmal ada freezer. Kursus ni berganding dgn pn. adilah yang comel tu sbg pengurus projek lagi. Jom cuba sendiri buat aiskrim oreo kat rumah anda; aiskrim oreo ni sedap macam m'c flurry oreo kat KFC or MC'd
Sumber : kak ayue @ sifu aiskrim
McFLURRY OREO @ AISKRIM OREO
Bahan A
- 3 biji kuning telur saiz C (kalau guna saiz A, dua biji pun ok je)
- 250 ml susu full cream / susu cair
- 90 g gula castor (guna gula pasir pun boleh je)
- 1 sudu teh perisa vanila
Bahan B
- 300 ml non dairy whipping cream (brand mauri/ vivo/ pelabagi brand lain pun boleh)
Bahan C
- Biskut Oreo (paket panjang / pendek : bergantung nak letak banyak atau sikit) yang telah dikisar atau dipatahkan halus mengikut citarasa masing-masing
CARA-CARA:
- Masukkan kesemua bahan A ke dalam mixer dan mix sampai sebati
- Selepas kesemua bahan A sebati, masukkan ke dalam periuk atau pan untuk masak sehingga mendidih dan sedikit likat. Angkat dan sejukkan bahan A tersebut
- Sementara menunggu bahan A sejuk, ambil bahan B, masukkan dalam mixer dan pukul hingga kental (kaku dan bertanduk : terbalikkan bekas pun tak tumpah)
- Akhir sekali, masukkan bahan A yang telah sejuk dan bahan C yang telah hancur ke dalam bahan B.
- Gaul rata adunan tersebut, masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan di tempat beku selama 3-4 jam / semalaman seelok-eloknya.
TIPS NAK BAGI AISKRIM MENJADI:
- Mangkuk adunan untuk mix bahan B perlu sentiasa kering sebab whipping cream sangat sensitif dengan air
- Pukul whipping cream dengan kelajuan sederhana dan satu arah sahaja. (kalau mixer tu ada sampai 5 kelajuan, guna speed 3 je & ikut lawan arah jam / ikut arah jam sampai whipping cream tu kaku)
- Saya pernah cuba buat aiskrim ni tanpa menggunakan telur kuning pun jadi je. Jadi xkisah la nak letak atau tidak, function kuning telur untuk bagi lebih rasa creamy.
SELAMAT MENCUBA SENDIRI!!!
kat bawah ni saya nak sharekan gambar-gamabr sepanjang kursus pembuatan aiskrim mcflurry oreo
penerangan bahan-bahan untuk buat mcflurry oreo kepada peserta |
saya tengah tunjukkan nak masak bahan A atas api bagi nampak teksturnya |
dah siap pun adunan pertama mcflurry oreo..yummy..yummy.. |
aiskrim yang dah siap, kami nak masukkan dalam bekas untuk bekukan |
bergambar dengan semua peserta dan hasil mcflurry oreo dalam kelas |
slm. kalau tak letak kuning telur dlm bahan A, perlu ke adunan tanpa telur tu dimasak tlebih dahulu?
ReplyDelete