Pages

Wednesday, 5 June 2013

Resipi Tiramisu & Kelas Tiramisu

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..


Semalam 5 Jun 2013 bertempat di makmal sains Kolej Komuniti Kuala Langat ada kursus membuat tiramisu. saiap cikgunya??? of course la saya sendiri..Pengurus Projek ialah pn. adilah yang comel. Peserta sasaran sebenarnya ialah pelajar-pelajar sekolah sbb asalnya kursus untuk adik2 yg tgh cuti sekolah..tapi disebabkan dah dipaparkan di laman web kolej, sesiapa yang berminat pun boleh masuk. Akhirnya ada la 5 org peserta je..4 orang adik2 sekolah dan seorang adik lelaki lepasan maktab bakal cikgu kemahiran hidup yang baru habis belajar tu..sedang menunggu nak posting..(nak kenalkan kat hafazah) ofismate di Unit Peperiksaan..heh

Sebelum ni pelajar-pelajar SMK Pembangunan Perniagaan (ON4) sesi Januari 2013 pernah belajar buat, dan hasilnya mase Program Syoknya Niaga, pelajar-pelajar saya dah berjaya menonjolkan bakat mereka membuat & menjual tiramisu. Tiramisu mereka SGTTTTTT LAKU & sekejap je dah abis..PROUD of u guys! nanti saya sharekan gambar gerai jualan mereka dalam entri lain kali ek.

Nak tau tak resipi nak buat tiramisu???

Mesti la NAKKKKKKKKKKKKK kan...check it out..

RESIPI TIRAMISU SIMPLE

Bahan-bahan:

Bahan A
  • 250 ml whipping cream (non dairy whipping cream)
  • 200 g cream cheese
  • 70 g gula castor (gula pasir pun bole je)

Bahan- bahan lain :
  • kek span / biskut jejari / biskut marie
  • sedikit nescafe
  • sedikit air panas untuk bancuh nescafe
  • filling blueberry (nak guna perisa lain pun xde hal: strawberi, kiwi, oren, coklat pun bole) - filling ni kena tambah air bagi cair skit sbb kalau kental & pekat tak best nak melayer tiramisu)
  • sedikit serbuk koko
  • bekas untuk masukkan tiramisu (cawan or bekas dadih, selok2nya bekas bertutup dan lutsinar baru nampak layer tiramisu yang berseni tu)

Cara nak buat tiramisu:
  1. bancuh air nescafe dengan air panas atau bagi suam2 pun boleh
  2. masukkan whipping cream, cream cheese, dan gula ke dalam mangkuk mixer.
  3. seterusnya pukul guna high speed sampai kembang & gebu & ringan
  4. sudukan bahan A yang telah siap dipukul sampai kembang ke dalam bekas
  5. celup biskut dalam air bancuhan nescafe (jgn lama sgt tau, nanti lembik sgt) dan susun bagi menutupi lapisan bahan A tadi)
  6. letakkan filling blueberry atas biskut tadi (kalau xnak manis sgt, letak filling kat bahagian tepi bekas je nak bagi ada decoration yang cantik)
  7. pastu ulang semula cara ke 4-6 sampai bekas penuh tau (berapa banyak layer pun terpulang kpd korg)
  8. yang paling penting, lapisan paling atas dalam bekas ialah lapisan bahan A yang dah dipukul
  9. last sekali, ambil penapis dan tapiskan serbuk koko di atas tiramisu yang berlayer-layer tadi
  10. dah siap, sejukkan 3-4 jam atau semalaman lebih lazat



SELAMAT MENCUBA SENDIRI...

P/S: Tiramisu ni sgt sedap kalau buat untuk dessert majlis kenduri kepada tetamu
kalau xlarat / xde masa nak buat, boleh la order je dgn saya
call / sms saya : 019-6219389 (ieyna)
harga boleh runding mengikut saiz bekas tiramisu


kat bawah ni saya nak share suasana dalam kelas tiramisu semalam





kelas tiramisu dah start


demo nak buat tiramisu


saya sedang menunjukkan teknik nak memukul bahan A kepada peserta






teknik melayer tiramisu


peserta lelaki tunggal dalam kelas sedang mencuba membuat adunan tiramisu kedua


adik lain pula mencuba buat tiramisu







seorang lagi adik mencuba sendiri nak buat tiramisu


akhirnya..inilah hasil TIRAMISU kami..TQVM kepada semua peserta..selamat mencuba sendiri di rumah tau




No comments:

Post a Comment