sumber gambar : google |
KEWANGAN PERIBADI
tengak isu pun takut kan..Saya pun
kadang-kadang tersangkut gak, dulu-dulu la mase kerja berulang-alik
daripada kajang ke banting. duit minyak habis atas jalan je. sebulan ada
la dalam RM 400 untuk minyak sahaja. Artikel ni cedok daripada blogger apa-apa saja tentang aku. Jom kita sama-sama mencuba tips ni, sharing is caring...
bagaimana nak merancang kewangan peribadi anda..
artikel ni khusus untuk diri saya sendiri, yang telah bekerja & juga student saya & sesiapa yang memerlukan
ape perasaan anda kalau kewangan anda caca marba setiap bulan??
belum sampai pun hujung bulan, gaji dah habis
belum pun sampai hujung semester, PTPTN or biasiswa or elaun wang saku (EWS) anda dah habis..
persoalannya, duit yang xcukup atau anda sendiri belum bijak menguruskan wang??
check it out tips kat bawah ni yer..
Ketahui 7 Tips Pengurusan Kewangan Peribadi
1. Mempunyai simpanan dana kecemasan
Simpanan ni amat perlu kalau anda atau keluarga sakit, accident atau sebarang kes kecemasan yang memerlukan duit. Perlu simpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan setiap bulan.
2.
Membayar
bil, kad kredit & hutang tepat pada masanya
Ini penting supaya kita tidak
dikenakan caj lewat bayar. Oleh itu buat financial to-do-list setiap bulan
supaya kita tidak terlupa membayar mana-mana bil utiliti, Astro, kad kredit,
pinjaman pendidikan serta lain-lain. Elakkan duit kita hangus akibat caj yuran
lewat bayar atau caj yuran sambungan perkhidmatan Astro dan sebagainya.Contohnya, kalau lambat bayar bil astro, nak reconnection kena caj RM 20..(banyak tu..boleh beli susu anak 1 kg)
3.
Spend
Less Save More
Amalkan konsep penjimatan dengan apa
jua cara yang mungkin boleh diperolehi. Sama ada bawa bekal breakfast & lunch
dari rumah, berkongsi kenderaan atau naik pengangkutan awam. Beli barang semasa
musim harga rendah (megasale promotion), tawaran penghabisan stok atau acara
lelong. Malah boleh beli barang second hand yang masih elok dipakai dengan
harga yang jauh lebih murah. Selain itu bersederhana dalam apa jua keadaan dan
kita dapat 'save duit' tanpa perlu berbelanja lebih. Dengan berbelanja kurang
kita boleh menyimpan lebih banyak wang simpanan atau untuk lain-lain tujuan.
Selain
itu ada juga discount coupon untuk pelbagai jenis web hosting dan domain yang
amat bernilai untuk kita jual semula dengan harga yang tinggi. Ini salah satu
seni dalam penjimatan dan perniagaan. Jika kita boleh 'spend less' sudah tentu
kita dapat 'save more'
4. Kenalpasti aliran tunai anda ke mana
Cara ini merupakan satu bentuk pemantauan. Jika
kita boleh track segala perbelanjaan harian, bulanan & tahunan sudah tentu
kita boleh tahu berapa banyak duit yang keluar. kadangkala kita akan berbelanja
lebih dari kemampuan kita apabila ada kad kredit. Oleh yang demikian jangan
jadikan satu habit berbelanja dengan kad kredit melainkan jika kita mampu cover
perbelanjaan itu sebaik mungkin. Semak kembali bil bulanan, resit mahupun
online banking statement untuk melihat sejauh mana perbelanjaan harian kita. Mengenalpasti bahagian perbelanjaan yang tidak perlu dan
membazir itu dihentikan serta merta. Misalnya merokok dgn sehari saja boleh
hanguskan RM10.00 sekotak secara umumnya. Jika boleh minimumkan pembaziran ini dengan
berhenti merokok maka ia sudah tentu lebih berbaloi untuk jalani hidup dengan
lebih sihat & selamat (kurangkan risiko sakit dan bil hospital). Begitu
juga dengan perbelanjaan tahunan seperti road tax, insurans, web hosting/domain
fees, income tax dan sebagainya perlu diurus sebaik mungkin. Dengan adanya
pemantauan yang sistematik, sudah tentu kita boleh menemui ruang dan cara-cara
untuk merancang berbelanja dengan bijak serta lebih efisien & selesa tanpa
perlu membazir.
5.
Mengambil
Polisi Insurans / Takaful
Mempunyai insurans atau takaful adalah
satu keperluan masa kini yang amat penting. Kita perlu dilindungi dengan takaful
dari segala bahaya. Di samping dapat perlindungan kita juga diberi pelaburan
yang menguntungkan!
6.
Mempunyai pendapatan sampingan
Gunakan kemahiran atau bakat anda untuk menjalankan perniagaan. Contohnya kalau anda pandai menjahit, walaupun anda seorang pelajar, bahagikan masa untuk mengambil upah menjahit semasa cuti semester. Hasil usaha anda akan berbaloi-baloi dan mungkin dapat cover bayaran bil utiliti anda setiap bulan.
7. Sentiasa
menambah ilmu pengetahuan mengenai pengurusan kewangan peribadi
Disarankan untuk 'upgrade' pengetahuan
dengan pelbagai jenis pembacaan buku/jurnal/artikel, seminar, bengkel, forum,
web/blog etc. Ini kerana 'otak' adalah aset terbaik manusia yang sudah ada
sejak lahir lagi. Jika kita manfaatkan kelebihan otak yang mempunyai minda/akal
yang mampu mengeluarkan idea-idea buah fikiran yang hebat tidak kira dalam apa
jua bidang termasuklah kewangan peribadi. Oleh itu banyakkanlah rajin membaca,
isikan diri dengan pengetahuan supaya tidak membuat kesilapan besar sptmana orang
lain. Malah jika kita
rajin bacalah buku mengenai financial management maupun mengenai money making
technique sudah tentu kita dapat menguruskan kewangan dengan efisien. Jika kita
tahu yang mana silap dan betul dalam pengurusan kewangan sudah tentu ia dapat
memberi manfaat strategik pada diri kita. Ini yang sepatutnya dipraktikkan dari
semasa ke semasa. Ilmu yang baik akan menjaga kita, untuk menguasai dunia
perlukan ilmu dan untuk merebut akhirat juga perlukan ilmu.
kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan anda, tetapi berapa banyak anda dapat SIMPAN!!!......irfan khairi
P/S: saya & suami sedang menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji bersama suami ketika kami masih bertenaga, sihat, & muda (doakan hajat kami akan tercapai ye)
No comments:
Post a Comment