Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,
Untuk hari ini, Pensyarah Perniagaan (PP) nak berkongsi dengan anda semua cara-cara mengenali logo halal Malaysia. PP ambil isu ni daripada facebook yang dishare oleh Ustaz Don Daniyal. Lagipun tajuk ni berkait rapat dengan tajuk research proposal PP untuk sambung master.
Untuk pengetahuan semua, apabila logo halal digunakan bermaksud sesebuah
produk adalah halal from farm to table (dari ladang hingga ke meja
hidangan). Justeru, JAKIM/ JAIN membuat pemeriksaan, pemantauan dan
penguatkuasaan untuk memenuhi piawaian halal ditetapkan.
Daripada gambar kat atas tu, PP rase anda semua telah maklum logo halal yang sah & diiktiraf, jadi lepas ni marilah sama-sama berazam untuk membeli produk yang mempunyai logo halal dan tidak meragukan. Sokong & Beli produk berlogo halal dan teliti betul-betul 8 cara mengenali logo halal di atas.
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" (Surah Al-Baqarah :168)
Berdasarkan ayat di atas, Allah telah memerintahkan semua manusia termasuklah non muslim supaya makan makanan yang bukan semata-mata HALAL tetapi BAIK lagi BERKUALITI.
renung-renungkan dan selamat beramal..
No comments:
Post a Comment