Tapi kan, walaupun PP ni seorang yang amat busy di ofis, bile balik rumah, PP tetap memasak ape-ape sahaja yang PP tahu masak. ok, kali ni PP nak share resipi yang sangat mudah untuk disediakan kalau dah bosan makan kuih muih yang manis, sesekali tekak ni teringin gak nak makan ala-ala western skit kan..jom, layan resipi jap:
ROTI SOSEJ BERCHEESE (cheezy sosej roll)
Bahan-bahan:
10 keping roti (PP guna roti gardenia)
10 batang sosej
10 keping cheesedale sebarang brand (tapi perlu cari yang halal ye)
Telur
Serbuk Roti
Minyak untuk menggoreng
Tepung gandum yang dibancuh likat sebagai gam
Cara-cara:
- Rebus sosej sehingga masak, kemudian toskan airnya dan ketepikan dulu.
- Seterusnya, ambil roti dan gelekkan menggunakan penggelek atau pun boleh tekan2 je menggunakan tangan asalkan roti tu jadi leper supaya mudah untuk digulung nanti
- Letakkan cheesedale ke atas roti terlebih dahulu, kemudian letakkan sosej pula di bahagian tepi roti.
- Mulakan gulungan daripada tepi roti dan letakkan gam tepung gandum di hujung roti supaya sosej roll anda melekat dan tidak akan terbuka semasa menggoreng nanti.
- Dah siap! Kalau nak banyak, potong roti tu kepada 2 bahagian, baru la dapat 20 ketul.wah..sedapnyerrr..Sekarang, pukul telur dalam mangkuk, dan celupkan cheezy sosej roll anda ke dalamnya
- Golek-golekkan atas serbuk roti tadi, dan sedia untuk disimpan dulu dalam peti atau boleh terus menggoreng dalam minyak yang panas pada api yang sederhana tau. SELAMAT MENCUBA
KALAU TIADA SERBUK ROTI MACAM MANE EK????
kalau anda xnak beli serbuk roti, anda boleh cuba cara ni:
- PP potong bahagian tepi roti tu dalam 5 keping.
- kemudian, PP sangai atas kuali tanpa minyak sehingga rangup
- kemudian, PP blend tepi roti yang dah rangup sampai halus.
- tu la pengganti serbuk roti
cheezy sosej roll yang mentah tapi dah siap golek dengan serbuk roti homemade |