Pages

Wednesday, 27 November 2013

FIESTA KEUSAHAWANAN 2013



Alhamdulillah..setelah sekian lama blog PP xupdate, akhirnya dapat gak PP coretkan sesuatu hari ni. Kali ni nak story tentang Fiesta Keusahawanan 2013 yang berlangsung pada 25 - 26 Nov 2013..berkonsepkan 1 program 1 bisnes..

Ok, nak dijadikan cerita, anak-anak PP (student ON4) sem ni sgt2 bertuah sbb final exam LA 04 : Pengendalian Aktiviti Perniagaan diorg menjadi besar-besaran sbb dapat peluang berniaga untuk warga KKKL dan juga pihak komuniti setempat..crowd pun agak ramai sbb ada 3 program berlaku serentak iaitu Penutup Jom Masuk Kampung, Pertandingan Kemahiran & Inovasi, Fiesta Keusahawanan.

Tahniah kepada anak-anak PP sebab berjaya all out tenaga, masa, dan komitmen yang bersungguh - sungguh nak dapatkan markah final exam dan sekaligus nak dapatkan keuntungan..Anak-anak PP jual ape???heh..kalau ikutkan ada lebih kurang 20 gerai sepanjang fiesta keushawanan ni (15 gerai student, 5 gerai IKS), jual heavy menu, simple menu, perkhidmatan lukisan kartun, dan yang paling syok ada rumah hantu..

Anak-anak PP jual set burger bakar, add on wedges / sosej(burgembira station), nasi tomato, jersi, sosej roll, roti sardin (be our buddies), nasi campur, donat, air flot (kampung style)..Korang mmg hebat, tahniah..dah berjaya menempuhi pelbagai suka duka cabaran nak melaksanakan jualan kan???at least diorg tahu susahnya nak dapatkan keuntungan kalau tak berusaha bersungguh-sungguh nak tarik customer..yang paling sedih, kalau xbalik modal..mmg xberbaloi langsung berpenat lelah 2 hari..muka diorg ni mmg nmpk kepenatan sgt2 mase majlis penutup gerai.

Walaupun anak-anak PP dah kepenatan, tp usaha diorg mmg berbaloi-baloi bile diorg menang dalam pertandingan gerai tercantik dan gerai paling kreatif sempena Fiesta Keusahawanan 2013. Nak tau diorg menang ape???

Gerai Tercantik (Tempat Pertama) : Be Our Buddies
Gerai Tercantik (Tempat Kedua)    : Burgembira Station
Gerai Paling Kreatif (Tempat Pertama) : Kampung Style

Selain tu, antara 3 gerai bagi kelas ON4 ni, anak-anak PP ada gak buat pertandingan pemilihan kategori gerai tau:

Gerai Marvelicious : Kampung Style - Gerai ni jual makanan sedap2 katenyer..
Gerai Paling Kecoh : Be Our Buddies - Gerai ni mmg kecoh & havoc sbb ade siren oleh Pak Cik Bad
Gerai Superb : Burgembira Station - Gerai ni superb sgt kot, sbb mampu jual burger bakar..heh..bukan semua org tahu nak buat burger bakar kan..PP pun xtau

Ok la, tahniah untuk semua, korg pun dah tamat study, cume yang terkilannya sebab dayana perlu tangguh LA 04 sbb xboleh bagi komitmen fizikal & mental untuk final kali ni: untuk dayana, jaga diri baik2 semoga cepat sembuh, xlupa gak untuk Fatin : br je menjalani operation, semoga cepat sembuh, dan tqvm bagi komitmen hadir final LA04. Untuk yang lain2..Farhana, Bad, Imah, Izzati, seha, Aliaty, sara. linda, fida, wani, riza, aina, renukha, hema, nisa, syafiq dan nazrull..belajar rajin2 dan yakin dengan diri sendiri yg awak semua boleh berada pada tahap yg lebih baik drpd sekarang..LOVE U ALL!
kenangan terakhir dengan ON 4 Julai 2013

fatin dgn baju kurung kedah & kain batik : ala-ala kampung style gitu! hu..hu..