Pages

Wednesday, 27 November 2013

FIESTA KEUSAHAWANAN 2013



Alhamdulillah..setelah sekian lama blog PP xupdate, akhirnya dapat gak PP coretkan sesuatu hari ni. Kali ni nak story tentang Fiesta Keusahawanan 2013 yang berlangsung pada 25 - 26 Nov 2013..berkonsepkan 1 program 1 bisnes..

Ok, nak dijadikan cerita, anak-anak PP (student ON4) sem ni sgt2 bertuah sbb final exam LA 04 : Pengendalian Aktiviti Perniagaan diorg menjadi besar-besaran sbb dapat peluang berniaga untuk warga KKKL dan juga pihak komuniti setempat..crowd pun agak ramai sbb ada 3 program berlaku serentak iaitu Penutup Jom Masuk Kampung, Pertandingan Kemahiran & Inovasi, Fiesta Keusahawanan.

Tahniah kepada anak-anak PP sebab berjaya all out tenaga, masa, dan komitmen yang bersungguh - sungguh nak dapatkan markah final exam dan sekaligus nak dapatkan keuntungan..Anak-anak PP jual ape???heh..kalau ikutkan ada lebih kurang 20 gerai sepanjang fiesta keushawanan ni (15 gerai student, 5 gerai IKS), jual heavy menu, simple menu, perkhidmatan lukisan kartun, dan yang paling syok ada rumah hantu..

Anak-anak PP jual set burger bakar, add on wedges / sosej(burgembira station), nasi tomato, jersi, sosej roll, roti sardin (be our buddies), nasi campur, donat, air flot (kampung style)..Korang mmg hebat, tahniah..dah berjaya menempuhi pelbagai suka duka cabaran nak melaksanakan jualan kan???at least diorg tahu susahnya nak dapatkan keuntungan kalau tak berusaha bersungguh-sungguh nak tarik customer..yang paling sedih, kalau xbalik modal..mmg xberbaloi langsung berpenat lelah 2 hari..muka diorg ni mmg nmpk kepenatan sgt2 mase majlis penutup gerai.

Walaupun anak-anak PP dah kepenatan, tp usaha diorg mmg berbaloi-baloi bile diorg menang dalam pertandingan gerai tercantik dan gerai paling kreatif sempena Fiesta Keusahawanan 2013. Nak tau diorg menang ape???

Gerai Tercantik (Tempat Pertama) : Be Our Buddies
Gerai Tercantik (Tempat Kedua)    : Burgembira Station
Gerai Paling Kreatif (Tempat Pertama) : Kampung Style

Selain tu, antara 3 gerai bagi kelas ON4 ni, anak-anak PP ada gak buat pertandingan pemilihan kategori gerai tau:

Gerai Marvelicious : Kampung Style - Gerai ni jual makanan sedap2 katenyer..
Gerai Paling Kecoh : Be Our Buddies - Gerai ni mmg kecoh & havoc sbb ade siren oleh Pak Cik Bad
Gerai Superb : Burgembira Station - Gerai ni superb sgt kot, sbb mampu jual burger bakar..heh..bukan semua org tahu nak buat burger bakar kan..PP pun xtau

Ok la, tahniah untuk semua, korg pun dah tamat study, cume yang terkilannya sebab dayana perlu tangguh LA 04 sbb xboleh bagi komitmen fizikal & mental untuk final kali ni: untuk dayana, jaga diri baik2 semoga cepat sembuh, xlupa gak untuk Fatin : br je menjalani operation, semoga cepat sembuh, dan tqvm bagi komitmen hadir final LA04. Untuk yang lain2..Farhana, Bad, Imah, Izzati, seha, Aliaty, sara. linda, fida, wani, riza, aina, renukha, hema, nisa, syafiq dan nazrull..belajar rajin2 dan yakin dengan diri sendiri yg awak semua boleh berada pada tahap yg lebih baik drpd sekarang..LOVE U ALL!
kenangan terakhir dengan ON 4 Julai 2013

fatin dgn baju kurung kedah & kain batik : ala-ala kampung style gitu! hu..hu..



Tuesday, 30 July 2013

resipi mudah: roti sosej bercheese

Dah lame rasenye pensyarah perniagaan (PP) tak menulis entry baru..maklum la sibuk yang amat-amat sejak sesi perkuliahan bermula, tak menang tangan dengan urusan sebagai pensyarah kelas, mengajar, tanda assignment, buat nota (tapi belum update dalam blog) dan banyak lagi. Dah 22 Ramadhan pun skang ni, niat di hati nak update blog akhirnya tercapai gak mase bln puase ni.

Tapi kan, walaupun PP ni seorang yang amat busy di ofis, bile balik rumah, PP tetap memasak ape-ape sahaja yang PP tahu masak. ok, kali ni PP nak share resipi yang sangat mudah untuk disediakan kalau dah bosan makan kuih muih yang manis, sesekali tekak ni teringin gak nak makan ala-ala western skit kan..jom, layan resipi jap:

ROTI SOSEJ BERCHEESE (cheezy sosej roll)

Bahan-bahan:
10 keping roti (PP guna roti gardenia)
10 batang sosej
10 keping cheesedale sebarang brand (tapi perlu cari yang halal ye)
Telur
Serbuk Roti
Minyak untuk menggoreng
Tepung gandum yang dibancuh likat sebagai gam

Cara-cara:
  1. Rebus sosej sehingga masak, kemudian toskan airnya dan ketepikan dulu.
  2. Seterusnya, ambil roti dan gelekkan menggunakan penggelek atau pun boleh tekan2 je menggunakan tangan asalkan roti tu jadi leper supaya mudah untuk digulung nanti
  3. Letakkan cheesedale ke atas roti terlebih dahulu, kemudian letakkan sosej pula di bahagian tepi roti.
  4. Mulakan gulungan daripada tepi roti dan letakkan gam tepung gandum di hujung roti supaya sosej roll anda melekat dan tidak akan terbuka semasa menggoreng nanti.
  5. Dah siap! Kalau nak banyak, potong roti tu kepada 2 bahagian, baru la dapat 20 ketul.wah..sedapnyerrr..Sekarang, pukul telur dalam mangkuk, dan celupkan cheezy sosej roll anda ke dalamnya
  6. Golek-golekkan atas serbuk roti tadi, dan sedia untuk disimpan dulu dalam peti atau boleh terus menggoreng dalam minyak yang panas pada api yang sederhana tau.  SELAMAT MENCUBA

KALAU TIADA SERBUK ROTI MACAM MANE EK????

kalau anda xnak beli serbuk roti, anda boleh cuba cara ni:

  1. PP potong bahagian tepi roti tu dalam 5 keping.
  2. kemudian, PP sangai atas kuali tanpa minyak sehingga rangup
  3. kemudian, PP blend tepi roti yang dah rangup sampai halus.
  4. tu la pengganti serbuk roti 


cheezy sosej roll yang mentah tapi dah siap golek dengan serbuk roti homemade

Monday, 1 July 2013

kelas pertama semester baru JULAI 2013 & learning process


semalam bermula 1 Julai 2013 merupakan kelas pertama bagi perkuliahan semester baru..sem ni Pensyarah Perniagaan (PP) dapat 19 orang anak angkat..anak PP baru je 2 orang..insyaAllah masuk 3 orang tahun depan (hujung bln 2 or awal bln 3)..kali ni PP berlatih lagi dapat anak ramai-ramai..cuma anak-anak kali ni dapat yang dah besar n dewasa..sem lepas lagi ramai, 25 orang anak. Harap2nya anak-anak PP kali ni pun anak-anak yang baik n sentiasa berdisiplin menepati etika berpakaian ke kolej & menepati masa setiap kali datang kelas.

ok, memandangkan semalam adalah kelas first, PP hanya berkenalan dengan anak-anak PP dan menguruskan permohonan elaun wang saku (EWS) bagi anak-anak PP yang layak. Kesian gak pada anak-anak PP yang tidak layak dapat EWS termenung & tak tau nak buat ape, jadi solutionnyeeeeeee...PP suruh mereka bersembang & berkenalan dengan rakan2 sekelas. Sepanjang PP menyemak borang EWS pelajar, at least semua anak-anak PP belajar sesuatu yang informal daripada modul SMK Pembangunan Perniagaan. Belajar ape???

Mereka belajar empat perkara semalam sekiranya mengisi sesuatu borang yang rasmi:

  1. Borang rasmi perlu ditulis menggunakan pen hitam, (elakkan penggunaan pen biru, merah, atau warna pelangi walaupun hakikatnya cantik)
  2. Borang rasmi yang disertakan dengan salinan dokumen perlu dibuat salinan diakui sah @ certified true copy (CTC). PP belum pernah dengar orang cakap dah buat SDS tetapi biasanya orang akan tanya dah buat CTC pada dokumen??? or dah buat salinan diakui sah pada dokumen???
  3. Sekiranya terdapat dokumen yang hendak dibuat CTC, cop salinan diakui sah terlebih dahulu, kemuadian copkan nama individu yang hendak mengesahkan perlu berada di bahagian bawah cop CTC. faham ke tak??? kalau tak faham, rujuk gambar 1 dan gambar 2.
    gambar 1: cara cop pengesahan yang salah, sebab cop individu yang nak sahkan tu, jauh sangat
    gambar 2: cara cop pengesahan yang BETUL


  4. Kalau nak gunakan cop, pastikan kepala cop getah berada di atas, (rujuk gambar 3 untuk kenal kepala cop, yang dalam bulatan merah tu) supaya anda tidak cop dalam keadaan terbalik..(nanti jangan terkial-kial kalau nak gunakan cop, sebab anda akan nampak seperti profesional kalau dah boleh find out yang mana kepala cop. heh..lagipun tak sia-sia la belajar SMK Pengendalian Pejabat & SMK Pengendalian Sumber Manusia) 
    gambar 3
    Rasanya setakat tu sahaja kelas informal kita bersama PP untuk hari ni. InsyaAllah, kalau PP sempat berblog lagi hari ni, kita berkongsi ilmu lagi ye..

Thursday, 20 June 2013

majlis perpisahan bersama pelajar SMK Pembangunan Perniagaan (ON4) sesi Januari 2013

Nak share skit dengan anak-anak Pensyarah Perniagaan (PP) yang dah tamat belajar mase 23 Mei 2013 yang lepas. Minggu terakhir P&P sangat busy, tapi mereka sangat komited dalam menjalankan Program Syoknya Niaga (kite story nanti ek) dan siapkan semua assignment LA04 dan boleh sempat lagi buat majlis perpisahan. tabik springgg kat u all.

hazwan ketua kelas yang handsome dengan reben kat leher..glamour abis hari tu

Majlis ni simple-simple je, mereka jemput PP & Pn. Mahanom selaku pensyarah yang mengajar SMK Pembangunan Perniagaan, Pn Huda & Pn. Isrul (pensyarah yang pernah mengajar mereka), dan pensyarah-pensyarah PWK (tapi Pn. Adilah yang comel je datang). Pensyarah lain puasa dan ada urusan lain yang agak penting mase tu. Majlis diadakan di Dewan Dato' Sidek dan buat bbq sikit. yang bestnyer mereka jemput dayah rusti (x-student SMK ON3)..dayah tetap maintain kurus mcm dulu..ingtkan dah keje, dah chubby skit ala-ala pn. ieyna.heh..



Hidangan yang sangat simple tapi sangat bermakna buat kami pensyarah-pensyarah mereka. Akhir sekali, mereka menyiapkan video untuk tontotan pensyarah-pensyarah semua. Tapi baru PP teringat disebabkan mase majlis tu PP dah sibuk nak balik, PP terlupa nak ambil gambar dengan semua orang. Gambar kat bawah ni je la kenangan dengan mereka

gambar ni mase lawatan ke kilang yakult, seremban



Wednesday, 19 June 2013

CARA-CARA MENGENALI LOGO HALAL MALAYSIA


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Untuk hari ini, Pensyarah Perniagaan (PP) nak berkongsi dengan anda semua cara-cara mengenali logo halal Malaysia. PP ambil isu ni daripada facebook yang dishare oleh Ustaz Don Daniyal. Lagipun tajuk ni berkait rapat dengan tajuk research proposal PP untuk sambung master.

Untuk pengetahuan semua, apabila logo halal digunakan bermaksud sesebuah produk adalah halal from farm to table (dari ladang hingga ke meja hidangan). Justeru, JAKIM/ JAIN membuat pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan untuk memenuhi piawaian halal ditetapkan. 

Daripada gambar kat atas tu, PP rase anda semua telah maklum logo halal yang sah & diiktiraf, jadi lepas ni marilah sama-sama berazam untuk membeli produk yang mempunyai logo halal dan tidak meragukan. Sokong & Beli produk berlogo halal dan teliti betul-betul 8 cara mengenali logo halal di atas. 

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" (Surah Al-Baqarah :168)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah memerintahkan semua manusia termasuklah non muslim supaya makan makanan yang bukan semata-mata HALAL tetapi BAIK lagi BERKUALITI.

renung-renungkan dan selamat beramal..

Monday, 17 June 2013

gold coast morib VS mobile swimming pool

kali ni saya nak sharekan sedikit gambar aktiviti hujung minggu bersama zakwan & zikri (z&z)...
petang sabtu last week, lepas solat asar, kononnya nak pergi jalan-jalan kat area morib. cadangan sebenar memandangkan mak saya datang banting weekend aritu (sekarang pun masih di sini) kami nak p bermandi manda kat gold coast.

tapi disebabkan ade banyak sangat keje nak settle, bagi je la z&z mandi depan rumah. daripada nak main basikal, tengok kolam dan air, basikal tolak tepi je..penangan mandi kolam punye pasal

adik zikri jeling je abg zakwan dapat pegang salur paip..sabar..sabar..jap lagi turn zikri

yeah..zikri dapat dah salur paip ni..zakwan simbah air kat zikri..ada ubi ada bas..jap lagi ek

khusuknya mandi kolam sampai xperasan ayah & ibu amik gambar ek

ni la habit saya, kalau mandi dalam kolam nak berdiri, nanti ayah jerit: zakwan! jgn berdiri, nanti jatuh nak!

ok, sekarang ni cuba korang buat perbandingan, sama tak dengan gold coast morib dgn mobile swimming pool milik zakwan & zikri



rasenye...sama je sebab ada air, tapi gold coast lagi cantik...pernah pergi sekali je mase z&z kecik tahun 2011 or 2012..anjuran Unit Perakaunan Perniagaan. Family day unit kami kat gold coast guna duit kutipan setiap bulan oleh unit..bile nak p lagi ni???mase tu zikri kecik lagi, duk dalam stroller je, zakwan, ayah & ibu dia je dpt mandi



nanti story panjang-panjang lagi ek..kalau dapat pergi gold coast morib kali ke2..bile nak dapat p lagi ntah..hurmm.siapa boleh tolong jawabkan...




Sunday, 16 June 2013

kelas membuat kek red velvet & m'cflurry oreo

isk, isk, isk..asyik kelas je ek..tapi kali ni bukan kursus pendek yang dapat sijil pun, cuma kelas masak-masak dengan jiran-jiran kat taman saya. peserta 3 orang je (mak saya, kak aisyah, & hasni)..tapi yang meriahnya sebab...anak2 kami berkumpul dalam 1 rumah.

ada kisah di sebalik kelas kat rumah ni,. Kecoh sangat kat rumah saya mase tu, sebab zakwan & zikri yang meragam, saya dah start buat adunan kek, xberani nak tinggalkan, terpaksa lah mak & suami tercinta tolong tengokkan z&z..kerana z&z masih lagi meragam, bagi je diorang makan aiskrim m'cflurry oreo yang ada buat sebelum ni dalam peti ais tu, SENYAP terus..heh..memang kegemaran diorang aiskrim tu

Sambung semula cerita kelas ni, dah lame sebenarnya hasni nak sangat belajar buat kek red velvet, tapi asyik xberkesempatan je sebab weekend yang asyik penuh dgn pelbagai program. Akhirnya aktiviti sabtu lepas 15 JUN 2013 bertempat di rumah saya kat taman mawar, kelas bermula lebih kurang pukul 3 petang, janji dgn hasni pukul 2.30ptg..tapi saya yang lambat sebab belum solat zuhur & lunch. (sorry hasni & kak aisyah). Ape2pun dapat la kelas ni dijalankan. Alhamdulillah..

Mula-mula, saya ajar cara-cara nak buat kek red velvet. resipi boleh check kat entri ni. Sementara menunggu kek kami masak, saya ajar cara-cara nak buat m'cflurry oreo yang yummy..yummy..resipi check kat entri ni. Memandangkan buat aiskrim kejap je, ditambah pula dgn tenaga kerja yang ramai (sebab biasanya buat kek or aiskrim sorang2 je kat dapur), maka aiskrim siap dulu daripada kek red velvet. dah settle packing aiskrim, kami semua sambung belajar buat topping kek red velvet.

Jom layan jap hasil air tangan kami dalam kelas x formal ni..semoga ilmu yang diperolehi ni, dapat dipanjang-panjangkan kepada orang lain, kalau hasni & kak aisyah dah cuba sendiri, boleh la ieyna rase ek..heh..

siapa yang teringin nak makan kek red velvet, 
tak berkesempatan nak buat sendiri, 
boleh la order je dgn saya
tempahan red velvet area banting/lokasi berdekatan

1/2 kg  RM 30
1 kg RM 60 

5% diskaun untuk belian RM 120 dan ke atas
call / sms : 019-6219389 (ieyna)



m'cflurry oreo yang dihias dengan oreo yang dipatah-patahkan dengan tangan je

m'cflurry oreo dalam bekas besar & kecil. nak yang mane ek???
hasil kek red velvet dalam kelas di taman mawar


cantik tak? deko ni inspired by my lovely mother yang jadi peserta gak

Friday, 14 June 2013

TIP KEWANGAN PERIBADI

sumber gambar : google
motivasi merangkap usrah nurani untuk hari ni..

KEWANGAN PERIBADI

tengak isu pun takut kan..Saya pun kadang-kadang tersangkut gak, dulu-dulu la mase kerja berulang-alik daripada kajang ke banting. duit minyak habis atas jalan je. sebulan ada la dalam RM 400 untuk minyak sahaja. Artikel ni cedok daripada blogger apa-apa saja tentang aku. Jom kita sama-sama mencuba tips ni, sharing is caring...
bagaimana nak merancang kewangan peribadi anda..
artikel ni khusus untuk diri saya sendiri, yang telah bekerja & juga student saya & sesiapa yang memerlukan

ape perasaan anda kalau kewangan anda caca marba setiap bulan??
belum sampai pun hujung bulan, gaji dah habis
belum pun sampai hujung semester, PTPTN or biasiswa or elaun wang saku (EWS) anda dah habis..

persoalannya, duit yang xcukup atau anda sendiri belum bijak menguruskan wang??

check it out tips kat bawah ni yer..

Ketahui 7 Tips Pengurusan Kewangan Peribadi
1.     Mempunyai simpanan dana kecemasan 




Simpanan ni amat perlu kalau anda atau keluarga sakit, accident atau sebarang kes kecemasan yang memerlukan duit. Perlu simpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan setiap bulan.



 2.     Membayar bil, kad kredit & hutang tepat pada masanya



Ini penting supaya kita tidak dikenakan caj lewat bayar. Oleh itu buat financial to-do-list setiap bulan supaya kita tidak terlupa membayar mana-mana bil utiliti, Astro, kad kredit, pinjaman pendidikan serta lain-lain. Elakkan duit kita hangus akibat caj yuran lewat bayar atau caj yuran sambungan perkhidmatan Astro dan sebagainya.Contohnya, kalau lambat bayar bil astro, nak reconnection kena caj RM 20..(banyak tu..boleh beli susu anak 1 kg)


 3.     Spend Less Save More 
Amalkan konsep penjimatan dengan apa jua cara yang mungkin boleh diperolehi. Sama ada bawa bekal breakfast & lunch dari rumah, berkongsi kenderaan atau naik pengangkutan awam. Beli barang semasa musim harga rendah (megasale promotion), tawaran penghabisan stok atau acara lelong. Malah boleh beli barang second hand yang masih elok dipakai dengan harga yang jauh lebih murah. Selain itu bersederhana dalam apa jua keadaan dan kita dapat 'save duit' tanpa perlu berbelanja lebih. Dengan berbelanja kurang kita boleh menyimpan lebih banyak wang simpanan atau untuk lain-lain tujuan. Selain itu ada juga discount coupon untuk pelbagai jenis web hosting dan domain yang amat bernilai untuk kita jual semula dengan harga yang tinggi. Ini salah satu seni dalam penjimatan dan perniagaan. Jika kita boleh 'spend less' sudah tentu kita dapat 'save more'



 4.     Kenalpasti aliran tunai anda ke mana





Cara ini merupakan satu bentuk pemantauan. Jika kita boleh track segala perbelanjaan harian, bulanan & tahunan sudah tentu kita boleh tahu berapa banyak duit yang keluar. kadangkala kita akan berbelanja lebih dari kemampuan kita apabila ada kad kredit. Oleh yang demikian jangan jadikan satu habit berbelanja dengan kad kredit melainkan jika kita mampu cover perbelanjaan itu sebaik mungkin. Semak kembali bil bulanan, resit mahupun online banking statement untuk melihat sejauh mana perbelanjaan harian kita. Mengenalpasti bahagian perbelanjaan yang tidak perlu dan membazir itu dihentikan serta merta. Misalnya merokok dgn sehari saja boleh hanguskan RM10.00 sekotak secara umumnya. Jika boleh minimumkan pembaziran ini dengan berhenti merokok maka ia sudah tentu lebih berbaloi untuk jalani hidup dengan lebih sihat & selamat (kurangkan risiko sakit dan bil hospital). Begitu juga dengan perbelanjaan tahunan seperti road tax, insurans, web hosting/domain fees, income tax dan sebagainya perlu diurus sebaik mungkin. Dengan adanya pemantauan yang sistematik, sudah tentu kita boleh menemui ruang dan cara-cara untuk merancang berbelanja dengan bijak serta lebih efisien & selesa tanpa perlu membazir. 



 5.     Mengambil Polisi Insurans / Takaful
 

Mempunyai insurans atau takaful adalah satu keperluan masa kini yang amat penting. Kita perlu dilindungi dengan takaful dari segala bahaya. Di samping dapat perlindungan kita juga diberi pelaburan yang menguntungkan!

  

6.     Mempunyai pendapatan sampingan





Gunakan kemahiran atau bakat anda untuk menjalankan perniagaan. Contohnya kalau anda pandai menjahit, walaupun anda seorang pelajar, bahagikan masa untuk mengambil upah menjahit semasa cuti semester. Hasil usaha anda akan berbaloi-baloi dan mungkin dapat cover bayaran bil utiliti anda setiap bulan.



7.    Sentiasa menambah ilmu pengetahuan mengenai pengurusan kewangan peribadi



Disarankan untuk 'upgrade' pengetahuan dengan pelbagai jenis pembacaan buku/jurnal/artikel, seminar, bengkel, forum, web/blog etc. Ini kerana 'otak' adalah aset terbaik manusia yang sudah ada sejak lahir lagi. Jika kita manfaatkan kelebihan otak yang mempunyai minda/akal yang mampu mengeluarkan idea-idea buah fikiran yang hebat tidak kira dalam apa jua bidang termasuklah kewangan peribadi. Oleh itu banyakkanlah rajin membaca, isikan diri dengan pengetahuan supaya tidak membuat kesilapan besar sptmana orang lain. Malah jika kita rajin bacalah buku mengenai financial management maupun mengenai money making technique sudah tentu kita dapat menguruskan kewangan dengan efisien. Jika kita tahu yang mana silap dan betul dalam pengurusan kewangan sudah tentu ia dapat memberi manfaat strategik pada diri kita. Ini yang sepatutnya dipraktikkan dari semasa ke semasa. Ilmu yang baik akan menjaga kita, untuk menguasai dunia perlukan ilmu dan untuk merebut akhirat juga perlukan ilmu. 


kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan anda, tetapi berapa banyak anda dapat SIMPAN!!!......irfan khairi


P/S: saya & suami sedang menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji bersama suami ketika kami masih bertenaga, sihat, & muda (doakan hajat kami akan tercapai ye)

Wednesday, 12 June 2013

jeruk madu pak ali area banting

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia... 

wah..wah..wah..pelbagai jenis jeruk madu
Entri kali ni saya berpeluang nak kongsikan tentang jeruk madu pak ali penang. Sesiapa yang pernah ke penang, jeruk madu pak ali adalah buah tangan yang tidak asing lagi untuk dibawa pulang kepada family & sahabat-sahabat. kat penang memang banyak jeruk, kat mana-mana pun banyak jeruk, tetapi kebanyakan jeruk yang saya temui adalah diusahakan oleh bukan bumiputera. Yang paling penting, jeruk madu pak ali ni telah mendapat sijil pengesahan HALAL daripada JAKIM @ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 
ini adalah logo halal yang diiktiraf
Jeruk madu pak ali terdapat dalam pelbagai jenis. Layan gambar-gambar kat bawah untuk mengetahui pelbagai jenis jeruk madu pak ali::::::::::::::::::

jeruk sengkuang madu


jeruk salak madu


jeruk mangga madu


jeruk mangga air madu


jeruk ceri madu


jeruk kedondong madu @ amra madu 
APA ISTIMEWANYA JERUK MADU PAK ALI berbanding jeruk-jeruk lain????
  • Menggunakan gula pasir dan tidak menggunakan ibu gula / gula sakarin
  •  Tambahan madu lebah asli (sebab tu nama jeruk madu..heh..)
  • Menggunakan cuka epal yang mana cuka epal ni sangat baik untuk kesihatan
  • Menggunakan sedikit sahaja bahan pengawet
  • Tidak menyebabkan batuk 
  • Air jeruk boleh terus diminum @ dibuat koktel
  • Mendapat sijil pengesahan HALAL JAKIM
JERUK MADU PAK ALI
BELUM PEKENA DAH TERASA
 
TERKINI!!!!
jualan jeruk madu pak ali dalam packaging yang lebih menarik, sangat sesuai untuk dijadikan door gift / dessert untuk majlis perkahwinan/ majlis pertunangan/ kenduri.terdapat dalam dua pilihan, dalam bekas dadih atau dalam plastik. pilihan di tangan anda.

packaging dalam bekas dadih tinggi: 1 bekas RM 2.50 
belian melebihi 1000 pcs : 1 bekas RM 2.20












packaging dalam bekas dadih tinggi : view daripada atas


packaging dalam plastik : 1 plastik : RM 2


packaging dalam plastik : view daripada depan
harga yang kami tawarkan RM 2.00 (100g)
RM 18.00 (1 kg)
RM 20.00 (1kg) + 100g jeruk madu 
(boleh campur-campur kalau nak, sila maklumkan semasa tempahan kerana kami akan packing mengikut tempahan anda)

P/S: harga jeruk untuk tempahan door gift akan berbeza-beza mengikut tempahan bekas packaging. Semua harga boleh dirunding. 
Tempahan sentiasa dibuka
Sila sms / telefon :
019-3348979 (hakim)
019-6219389 (ieyna)

Tuesday, 11 June 2013

Resipi Red Velvet Yang Sangat Sedap

Hari ni saya nak berkongsi resipi red velvet yang saya selalu buat. Ramai yang tanya saya drpd mana saya belajar buat kek red velvet, 


jawapannyaaaaaaaaaaaa...


daripada blogger masak

resipi ni saya cedok daripada blog intanberlian, tapi saya ubah sikit ikut citarasa saya dan berdasarkan eksperimen yang dah buat red velvet berkali-kali..Saya ni memang suka makan kek red velvet, anak-anak pun suka, suami yang tersayang pun suka. First time buat red velvet tak menjadi, may be tersilap teknik..lama kelamaan daripada suka-suka nak makan untuk husband, anak-anak & family..terus berubah membuat business kek red velvet secara sampingan.

jom check resipi KEK RED VELVET YANG SEDAP kat bawah ni:

Bahan-bahan untuk membuat kek:

Bahan A
  • 250g tepung naik sendiri (tepung gandum boleh je, tapi tekstur kek akan mampat sangat)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • secubit garam 
Bahan B
  • 240 ml buttermilk (240 ml fresh milk +1 sudu besar cuka)
  • 1 sudu besar pewarna merah
Bahan C
  • 113g butter
  • 2 biji telur (asingkan putih telur & kuning telur)
  • 250g gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan D
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
Bahan-bahan untuk membuat cream cheese:
  • 250g cream cheese
  • 130 g gula aising
  •  2 sudu besar fresh milk
 CARA-CARA BUAT KEK RED VELVET:
  1. Sapukan minyak pada loyang, kemudian alaskan loyang dengan kertas supaya senang sangat nak keluarkan kek yang dah masak daripada loyang nanti.
  2. Panaskan oven anda terlebih dahulu. Gunakan api atas & bawah selama 20 minit mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing. (saya selalu guna 150 je)
  3. Bahan A: Ayak tepung naik sendiri & serbuk koko dulu, dan tambahkan secubit garam.
  4. Bahan B: Seterusnya, untuk menghasilkan buttermilk pula, campurkan 240 ml fresh milk & 1 sudu besar cuka ke dalam mangkuk. Biarkan lebih kurang 10 minit. Kemudian campurkan 1 sudu besar pewarna merah ke dalam buttermilk tadi.
  5. Bahan C: Mix putih telur & gula hingga kembang dan gebu dengan kelajuan high speed. Kemudian masukkan butter, kuning telur dan esen vanilla dan pukul lagi sampai adunan tersebut kembang.
  6. Masukkan bahan A berselang seli dengan bahan B sehingga habis dan mix bahan A, B, dan C sehingga sebati (jangan terlalu lama & guna slow speed supaya tepung tak tumpah)
  7. Bahan D: campurkan 1 sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat sehingga menjadi bubble. Masukkan bahan D yang sedang bubbling ke dalam adunan tadi.
  8. Tuangkan adunan kek yang telah siap ke dalam loyang. Ketuk-ketuk dulu adunan dalam loyang terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam oven supaya kek akan sama rata nanti.
  9. Masak adunan kek tadi dalam oven selama lebih kurang 35 minit atau sehingga kek anda masak
  10. Setelah kek masak, sejukkan kek anda terlebih dahulu lebih kurang 1 jam sebelum menghias kek. 

CARA-CARA NAK BUAT CREAM CHEESE FROSTING:
  1.  Satukan cream cheese, gula aising, dan fresh milk ke dalam mangkuk mixer.
  2. Mixkan kesemuanya menggunakan high speed sehingga sebati dan kembang.
  3. Ambil nozzle atau guna piping bag untuk menghias kek anda.
 SELAMAT MENCUBA!!!
siapa dah cuba, sila comment dalam entri ni tau, kalau nak bagi saya rase pun bestnyeeeer..

siapa yang teringin nak makan kek red velvet, tapi xlarat nak buat sendiri, boleh la order je dgn saya
tempahan red velvet area banting/lokasi berdekatan

1/2 kg  RM 30
1 kg RM 60

5% diskaun untuk belian RM 120 dan ke atas
call / sms : 019-6219389 (ieyna)

Monday, 10 June 2013

Resipi Mcflurry Oreo @ Aikrim Oreo

last week, saya sebenarnya mengajar 2 kursus pendek di Kolej Komuniti Kuala Langat sempena cuti sekolah. kurus tiramisu dan kursus aiskrim. memandangkan student saya pun tengah cuti semester, jadi lecturer yang free memang digalakkan handle kursus pendek. tak kisah pun nak mengajar / jadi pengurus projek.

Kursus Pembuatan Aiskrim Oreo ni bertempat kat makmal sains, kenapa kat makmal???sebab kat makmal ada freezer. Kursus ni berganding dgn pn. adilah yang comel tu sbg pengurus projek lagi. Jom cuba sendiri buat aiskrim oreo kat rumah anda; aiskrim oreo ni sedap macam m'c flurry oreo kat KFC or MC'd

Sumber : kak ayue @ sifu aiskrim

McFLURRY OREO @ AISKRIM OREO

Bahan A
  • 3 biji kuning telur saiz C (kalau guna saiz A, dua biji pun ok je)
  • 250 ml susu full cream / susu cair
  • 90 g gula castor (guna gula pasir pun boleh je)
  • 1 sudu teh perisa vanila

Bahan B
  • 300 ml non dairy whipping cream (brand mauri/ vivo/ pelabagi brand lain pun boleh)

Bahan C
  • Biskut Oreo (paket panjang / pendek : bergantung nak letak banyak atau sikit) yang telah dikisar atau dipatahkan halus mengikut citarasa masing-masing

CARA-CARA:
  1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam mixer dan mix sampai sebati
  2. Selepas kesemua bahan A sebati, masukkan ke dalam periuk atau pan untuk masak sehingga mendidih dan sedikit likat. Angkat dan sejukkan bahan A tersebut
  3. Sementara menunggu bahan A sejuk, ambil bahan B, masukkan dalam mixer dan pukul hingga kental (kaku dan bertanduk : terbalikkan bekas pun tak tumpah)
  4. Akhir sekali, masukkan bahan A yang telah sejuk dan bahan C yang telah hancur ke dalam bahan B.
  5. Gaul rata adunan tersebut, masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan di tempat beku selama 3-4 jam / semalaman seelok-eloknya.

TIPS NAK BAGI AISKRIM MENJADI:
  1. Mangkuk adunan untuk mix bahan B perlu sentiasa kering sebab whipping cream sangat sensitif dengan air
  2. Pukul whipping cream dengan kelajuan sederhana dan satu arah sahaja. (kalau mixer tu ada sampai 5 kelajuan, guna speed 3 je & ikut lawan arah jam / ikut arah jam sampai whipping cream tu kaku)
  3. Saya pernah cuba buat aiskrim ni tanpa menggunakan telur kuning pun jadi je. Jadi xkisah la nak letak atau tidak, function kuning telur untuk bagi lebih rasa creamy.
SELAMAT MENCUBA SENDIRI!!!

kat bawah ni saya nak sharekan gambar-gamabr sepanjang kursus pembuatan aiskrim mcflurry oreo




penerangan bahan-bahan untuk buat mcflurry oreo kepada peserta


saya tengah tunjukkan nak masak bahan A atas api bagi nampak teksturnya


dah siap pun adunan pertama mcflurry oreo..yummy..yummy..


aiskrim yang dah siap, kami nak masukkan dalam bekas untuk bekukan


bergambar dengan semua peserta dan hasil mcflurry oreo dalam kelas