Pages

Thursday, 20 June 2013

majlis perpisahan bersama pelajar SMK Pembangunan Perniagaan (ON4) sesi Januari 2013

Nak share skit dengan anak-anak Pensyarah Perniagaan (PP) yang dah tamat belajar mase 23 Mei 2013 yang lepas. Minggu terakhir P&P sangat busy, tapi mereka sangat komited dalam menjalankan Program Syoknya Niaga (kite story nanti ek) dan siapkan semua assignment LA04 dan boleh sempat lagi buat majlis perpisahan. tabik springgg kat u all.

hazwan ketua kelas yang handsome dengan reben kat leher..glamour abis hari tu

Majlis ni simple-simple je, mereka jemput PP & Pn. Mahanom selaku pensyarah yang mengajar SMK Pembangunan Perniagaan, Pn Huda & Pn. Isrul (pensyarah yang pernah mengajar mereka), dan pensyarah-pensyarah PWK (tapi Pn. Adilah yang comel je datang). Pensyarah lain puasa dan ada urusan lain yang agak penting mase tu. Majlis diadakan di Dewan Dato' Sidek dan buat bbq sikit. yang bestnyer mereka jemput dayah rusti (x-student SMK ON3)..dayah tetap maintain kurus mcm dulu..ingtkan dah keje, dah chubby skit ala-ala pn. ieyna.heh..



Hidangan yang sangat simple tapi sangat bermakna buat kami pensyarah-pensyarah mereka. Akhir sekali, mereka menyiapkan video untuk tontotan pensyarah-pensyarah semua. Tapi baru PP teringat disebabkan mase majlis tu PP dah sibuk nak balik, PP terlupa nak ambil gambar dengan semua orang. Gambar kat bawah ni je la kenangan dengan mereka

gambar ni mase lawatan ke kilang yakult, seremban



Wednesday, 19 June 2013

CARA-CARA MENGENALI LOGO HALAL MALAYSIA


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Untuk hari ini, Pensyarah Perniagaan (PP) nak berkongsi dengan anda semua cara-cara mengenali logo halal Malaysia. PP ambil isu ni daripada facebook yang dishare oleh Ustaz Don Daniyal. Lagipun tajuk ni berkait rapat dengan tajuk research proposal PP untuk sambung master.

Untuk pengetahuan semua, apabila logo halal digunakan bermaksud sesebuah produk adalah halal from farm to table (dari ladang hingga ke meja hidangan). Justeru, JAKIM/ JAIN membuat pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan untuk memenuhi piawaian halal ditetapkan. 

Daripada gambar kat atas tu, PP rase anda semua telah maklum logo halal yang sah & diiktiraf, jadi lepas ni marilah sama-sama berazam untuk membeli produk yang mempunyai logo halal dan tidak meragukan. Sokong & Beli produk berlogo halal dan teliti betul-betul 8 cara mengenali logo halal di atas. 

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" (Surah Al-Baqarah :168)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah memerintahkan semua manusia termasuklah non muslim supaya makan makanan yang bukan semata-mata HALAL tetapi BAIK lagi BERKUALITI.

renung-renungkan dan selamat beramal..

Monday, 17 June 2013

gold coast morib VS mobile swimming pool

kali ni saya nak sharekan sedikit gambar aktiviti hujung minggu bersama zakwan & zikri (z&z)...
petang sabtu last week, lepas solat asar, kononnya nak pergi jalan-jalan kat area morib. cadangan sebenar memandangkan mak saya datang banting weekend aritu (sekarang pun masih di sini) kami nak p bermandi manda kat gold coast.

tapi disebabkan ade banyak sangat keje nak settle, bagi je la z&z mandi depan rumah. daripada nak main basikal, tengok kolam dan air, basikal tolak tepi je..penangan mandi kolam punye pasal

adik zikri jeling je abg zakwan dapat pegang salur paip..sabar..sabar..jap lagi turn zikri

yeah..zikri dapat dah salur paip ni..zakwan simbah air kat zikri..ada ubi ada bas..jap lagi ek

khusuknya mandi kolam sampai xperasan ayah & ibu amik gambar ek

ni la habit saya, kalau mandi dalam kolam nak berdiri, nanti ayah jerit: zakwan! jgn berdiri, nanti jatuh nak!

ok, sekarang ni cuba korang buat perbandingan, sama tak dengan gold coast morib dgn mobile swimming pool milik zakwan & zikri



rasenye...sama je sebab ada air, tapi gold coast lagi cantik...pernah pergi sekali je mase z&z kecik tahun 2011 or 2012..anjuran Unit Perakaunan Perniagaan. Family day unit kami kat gold coast guna duit kutipan setiap bulan oleh unit..bile nak p lagi ni???mase tu zikri kecik lagi, duk dalam stroller je, zakwan, ayah & ibu dia je dpt mandi



nanti story panjang-panjang lagi ek..kalau dapat pergi gold coast morib kali ke2..bile nak dapat p lagi ntah..hurmm.siapa boleh tolong jawabkan...




Sunday, 16 June 2013

kelas membuat kek red velvet & m'cflurry oreo

isk, isk, isk..asyik kelas je ek..tapi kali ni bukan kursus pendek yang dapat sijil pun, cuma kelas masak-masak dengan jiran-jiran kat taman saya. peserta 3 orang je (mak saya, kak aisyah, & hasni)..tapi yang meriahnya sebab...anak2 kami berkumpul dalam 1 rumah.

ada kisah di sebalik kelas kat rumah ni,. Kecoh sangat kat rumah saya mase tu, sebab zakwan & zikri yang meragam, saya dah start buat adunan kek, xberani nak tinggalkan, terpaksa lah mak & suami tercinta tolong tengokkan z&z..kerana z&z masih lagi meragam, bagi je diorang makan aiskrim m'cflurry oreo yang ada buat sebelum ni dalam peti ais tu, SENYAP terus..heh..memang kegemaran diorang aiskrim tu

Sambung semula cerita kelas ni, dah lame sebenarnya hasni nak sangat belajar buat kek red velvet, tapi asyik xberkesempatan je sebab weekend yang asyik penuh dgn pelbagai program. Akhirnya aktiviti sabtu lepas 15 JUN 2013 bertempat di rumah saya kat taman mawar, kelas bermula lebih kurang pukul 3 petang, janji dgn hasni pukul 2.30ptg..tapi saya yang lambat sebab belum solat zuhur & lunch. (sorry hasni & kak aisyah). Ape2pun dapat la kelas ni dijalankan. Alhamdulillah..

Mula-mula, saya ajar cara-cara nak buat kek red velvet. resipi boleh check kat entri ni. Sementara menunggu kek kami masak, saya ajar cara-cara nak buat m'cflurry oreo yang yummy..yummy..resipi check kat entri ni. Memandangkan buat aiskrim kejap je, ditambah pula dgn tenaga kerja yang ramai (sebab biasanya buat kek or aiskrim sorang2 je kat dapur), maka aiskrim siap dulu daripada kek red velvet. dah settle packing aiskrim, kami semua sambung belajar buat topping kek red velvet.

Jom layan jap hasil air tangan kami dalam kelas x formal ni..semoga ilmu yang diperolehi ni, dapat dipanjang-panjangkan kepada orang lain, kalau hasni & kak aisyah dah cuba sendiri, boleh la ieyna rase ek..heh..

siapa yang teringin nak makan kek red velvet, 
tak berkesempatan nak buat sendiri, 
boleh la order je dgn saya
tempahan red velvet area banting/lokasi berdekatan

1/2 kg  RM 30
1 kg RM 60 

5% diskaun untuk belian RM 120 dan ke atas
call / sms : 019-6219389 (ieyna)



m'cflurry oreo yang dihias dengan oreo yang dipatah-patahkan dengan tangan je

m'cflurry oreo dalam bekas besar & kecil. nak yang mane ek???
hasil kek red velvet dalam kelas di taman mawar


cantik tak? deko ni inspired by my lovely mother yang jadi peserta gak

Friday, 14 June 2013

TIP KEWANGAN PERIBADI

sumber gambar : google
motivasi merangkap usrah nurani untuk hari ni..

KEWANGAN PERIBADI

tengak isu pun takut kan..Saya pun kadang-kadang tersangkut gak, dulu-dulu la mase kerja berulang-alik daripada kajang ke banting. duit minyak habis atas jalan je. sebulan ada la dalam RM 400 untuk minyak sahaja. Artikel ni cedok daripada blogger apa-apa saja tentang aku. Jom kita sama-sama mencuba tips ni, sharing is caring...
bagaimana nak merancang kewangan peribadi anda..
artikel ni khusus untuk diri saya sendiri, yang telah bekerja & juga student saya & sesiapa yang memerlukan

ape perasaan anda kalau kewangan anda caca marba setiap bulan??
belum sampai pun hujung bulan, gaji dah habis
belum pun sampai hujung semester, PTPTN or biasiswa or elaun wang saku (EWS) anda dah habis..

persoalannya, duit yang xcukup atau anda sendiri belum bijak menguruskan wang??

check it out tips kat bawah ni yer..

Ketahui 7 Tips Pengurusan Kewangan Peribadi
1.     Mempunyai simpanan dana kecemasan 




Simpanan ni amat perlu kalau anda atau keluarga sakit, accident atau sebarang kes kecemasan yang memerlukan duit. Perlu simpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan setiap bulan.



 2.     Membayar bil, kad kredit & hutang tepat pada masanya



Ini penting supaya kita tidak dikenakan caj lewat bayar. Oleh itu buat financial to-do-list setiap bulan supaya kita tidak terlupa membayar mana-mana bil utiliti, Astro, kad kredit, pinjaman pendidikan serta lain-lain. Elakkan duit kita hangus akibat caj yuran lewat bayar atau caj yuran sambungan perkhidmatan Astro dan sebagainya.Contohnya, kalau lambat bayar bil astro, nak reconnection kena caj RM 20..(banyak tu..boleh beli susu anak 1 kg)


 3.     Spend Less Save More 
Amalkan konsep penjimatan dengan apa jua cara yang mungkin boleh diperolehi. Sama ada bawa bekal breakfast & lunch dari rumah, berkongsi kenderaan atau naik pengangkutan awam. Beli barang semasa musim harga rendah (megasale promotion), tawaran penghabisan stok atau acara lelong. Malah boleh beli barang second hand yang masih elok dipakai dengan harga yang jauh lebih murah. Selain itu bersederhana dalam apa jua keadaan dan kita dapat 'save duit' tanpa perlu berbelanja lebih. Dengan berbelanja kurang kita boleh menyimpan lebih banyak wang simpanan atau untuk lain-lain tujuan. Selain itu ada juga discount coupon untuk pelbagai jenis web hosting dan domain yang amat bernilai untuk kita jual semula dengan harga yang tinggi. Ini salah satu seni dalam penjimatan dan perniagaan. Jika kita boleh 'spend less' sudah tentu kita dapat 'save more'



 4.     Kenalpasti aliran tunai anda ke mana





Cara ini merupakan satu bentuk pemantauan. Jika kita boleh track segala perbelanjaan harian, bulanan & tahunan sudah tentu kita boleh tahu berapa banyak duit yang keluar. kadangkala kita akan berbelanja lebih dari kemampuan kita apabila ada kad kredit. Oleh yang demikian jangan jadikan satu habit berbelanja dengan kad kredit melainkan jika kita mampu cover perbelanjaan itu sebaik mungkin. Semak kembali bil bulanan, resit mahupun online banking statement untuk melihat sejauh mana perbelanjaan harian kita. Mengenalpasti bahagian perbelanjaan yang tidak perlu dan membazir itu dihentikan serta merta. Misalnya merokok dgn sehari saja boleh hanguskan RM10.00 sekotak secara umumnya. Jika boleh minimumkan pembaziran ini dengan berhenti merokok maka ia sudah tentu lebih berbaloi untuk jalani hidup dengan lebih sihat & selamat (kurangkan risiko sakit dan bil hospital). Begitu juga dengan perbelanjaan tahunan seperti road tax, insurans, web hosting/domain fees, income tax dan sebagainya perlu diurus sebaik mungkin. Dengan adanya pemantauan yang sistematik, sudah tentu kita boleh menemui ruang dan cara-cara untuk merancang berbelanja dengan bijak serta lebih efisien & selesa tanpa perlu membazir. 



 5.     Mengambil Polisi Insurans / Takaful
 

Mempunyai insurans atau takaful adalah satu keperluan masa kini yang amat penting. Kita perlu dilindungi dengan takaful dari segala bahaya. Di samping dapat perlindungan kita juga diberi pelaburan yang menguntungkan!

  

6.     Mempunyai pendapatan sampingan





Gunakan kemahiran atau bakat anda untuk menjalankan perniagaan. Contohnya kalau anda pandai menjahit, walaupun anda seorang pelajar, bahagikan masa untuk mengambil upah menjahit semasa cuti semester. Hasil usaha anda akan berbaloi-baloi dan mungkin dapat cover bayaran bil utiliti anda setiap bulan.



7.    Sentiasa menambah ilmu pengetahuan mengenai pengurusan kewangan peribadi



Disarankan untuk 'upgrade' pengetahuan dengan pelbagai jenis pembacaan buku/jurnal/artikel, seminar, bengkel, forum, web/blog etc. Ini kerana 'otak' adalah aset terbaik manusia yang sudah ada sejak lahir lagi. Jika kita manfaatkan kelebihan otak yang mempunyai minda/akal yang mampu mengeluarkan idea-idea buah fikiran yang hebat tidak kira dalam apa jua bidang termasuklah kewangan peribadi. Oleh itu banyakkanlah rajin membaca, isikan diri dengan pengetahuan supaya tidak membuat kesilapan besar sptmana orang lain. Malah jika kita rajin bacalah buku mengenai financial management maupun mengenai money making technique sudah tentu kita dapat menguruskan kewangan dengan efisien. Jika kita tahu yang mana silap dan betul dalam pengurusan kewangan sudah tentu ia dapat memberi manfaat strategik pada diri kita. Ini yang sepatutnya dipraktikkan dari semasa ke semasa. Ilmu yang baik akan menjaga kita, untuk menguasai dunia perlukan ilmu dan untuk merebut akhirat juga perlukan ilmu. 


kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan anda, tetapi berapa banyak anda dapat SIMPAN!!!......irfan khairi


P/S: saya & suami sedang menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji bersama suami ketika kami masih bertenaga, sihat, & muda (doakan hajat kami akan tercapai ye)

Wednesday, 12 June 2013

jeruk madu pak ali area banting

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia... 

wah..wah..wah..pelbagai jenis jeruk madu
Entri kali ni saya berpeluang nak kongsikan tentang jeruk madu pak ali penang. Sesiapa yang pernah ke penang, jeruk madu pak ali adalah buah tangan yang tidak asing lagi untuk dibawa pulang kepada family & sahabat-sahabat. kat penang memang banyak jeruk, kat mana-mana pun banyak jeruk, tetapi kebanyakan jeruk yang saya temui adalah diusahakan oleh bukan bumiputera. Yang paling penting, jeruk madu pak ali ni telah mendapat sijil pengesahan HALAL daripada JAKIM @ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 
ini adalah logo halal yang diiktiraf
Jeruk madu pak ali terdapat dalam pelbagai jenis. Layan gambar-gambar kat bawah untuk mengetahui pelbagai jenis jeruk madu pak ali::::::::::::::::::

jeruk sengkuang madu


jeruk salak madu


jeruk mangga madu


jeruk mangga air madu


jeruk ceri madu


jeruk kedondong madu @ amra madu 
APA ISTIMEWANYA JERUK MADU PAK ALI berbanding jeruk-jeruk lain????
  • Menggunakan gula pasir dan tidak menggunakan ibu gula / gula sakarin
  •  Tambahan madu lebah asli (sebab tu nama jeruk madu..heh..)
  • Menggunakan cuka epal yang mana cuka epal ni sangat baik untuk kesihatan
  • Menggunakan sedikit sahaja bahan pengawet
  • Tidak menyebabkan batuk 
  • Air jeruk boleh terus diminum @ dibuat koktel
  • Mendapat sijil pengesahan HALAL JAKIM
JERUK MADU PAK ALI
BELUM PEKENA DAH TERASA
 
TERKINI!!!!
jualan jeruk madu pak ali dalam packaging yang lebih menarik, sangat sesuai untuk dijadikan door gift / dessert untuk majlis perkahwinan/ majlis pertunangan/ kenduri.terdapat dalam dua pilihan, dalam bekas dadih atau dalam plastik. pilihan di tangan anda.

packaging dalam bekas dadih tinggi: 1 bekas RM 2.50 
belian melebihi 1000 pcs : 1 bekas RM 2.20












packaging dalam bekas dadih tinggi : view daripada atas


packaging dalam plastik : 1 plastik : RM 2


packaging dalam plastik : view daripada depan
harga yang kami tawarkan RM 2.00 (100g)
RM 18.00 (1 kg)
RM 20.00 (1kg) + 100g jeruk madu 
(boleh campur-campur kalau nak, sila maklumkan semasa tempahan kerana kami akan packing mengikut tempahan anda)

P/S: harga jeruk untuk tempahan door gift akan berbeza-beza mengikut tempahan bekas packaging. Semua harga boleh dirunding. 
Tempahan sentiasa dibuka
Sila sms / telefon :
019-3348979 (hakim)
019-6219389 (ieyna)

Tuesday, 11 June 2013

Resipi Red Velvet Yang Sangat Sedap

Hari ni saya nak berkongsi resipi red velvet yang saya selalu buat. Ramai yang tanya saya drpd mana saya belajar buat kek red velvet, 


jawapannyaaaaaaaaaaaa...


daripada blogger masak

resipi ni saya cedok daripada blog intanberlian, tapi saya ubah sikit ikut citarasa saya dan berdasarkan eksperimen yang dah buat red velvet berkali-kali..Saya ni memang suka makan kek red velvet, anak-anak pun suka, suami yang tersayang pun suka. First time buat red velvet tak menjadi, may be tersilap teknik..lama kelamaan daripada suka-suka nak makan untuk husband, anak-anak & family..terus berubah membuat business kek red velvet secara sampingan.

jom check resipi KEK RED VELVET YANG SEDAP kat bawah ni:

Bahan-bahan untuk membuat kek:

Bahan A
  • 250g tepung naik sendiri (tepung gandum boleh je, tapi tekstur kek akan mampat sangat)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • secubit garam 
Bahan B
  • 240 ml buttermilk (240 ml fresh milk +1 sudu besar cuka)
  • 1 sudu besar pewarna merah
Bahan C
  • 113g butter
  • 2 biji telur (asingkan putih telur & kuning telur)
  • 250g gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan D
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
Bahan-bahan untuk membuat cream cheese:
  • 250g cream cheese
  • 130 g gula aising
  •  2 sudu besar fresh milk
 CARA-CARA BUAT KEK RED VELVET:
  1. Sapukan minyak pada loyang, kemudian alaskan loyang dengan kertas supaya senang sangat nak keluarkan kek yang dah masak daripada loyang nanti.
  2. Panaskan oven anda terlebih dahulu. Gunakan api atas & bawah selama 20 minit mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing. (saya selalu guna 150 je)
  3. Bahan A: Ayak tepung naik sendiri & serbuk koko dulu, dan tambahkan secubit garam.
  4. Bahan B: Seterusnya, untuk menghasilkan buttermilk pula, campurkan 240 ml fresh milk & 1 sudu besar cuka ke dalam mangkuk. Biarkan lebih kurang 10 minit. Kemudian campurkan 1 sudu besar pewarna merah ke dalam buttermilk tadi.
  5. Bahan C: Mix putih telur & gula hingga kembang dan gebu dengan kelajuan high speed. Kemudian masukkan butter, kuning telur dan esen vanilla dan pukul lagi sampai adunan tersebut kembang.
  6. Masukkan bahan A berselang seli dengan bahan B sehingga habis dan mix bahan A, B, dan C sehingga sebati (jangan terlalu lama & guna slow speed supaya tepung tak tumpah)
  7. Bahan D: campurkan 1 sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat sehingga menjadi bubble. Masukkan bahan D yang sedang bubbling ke dalam adunan tadi.
  8. Tuangkan adunan kek yang telah siap ke dalam loyang. Ketuk-ketuk dulu adunan dalam loyang terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam oven supaya kek akan sama rata nanti.
  9. Masak adunan kek tadi dalam oven selama lebih kurang 35 minit atau sehingga kek anda masak
  10. Setelah kek masak, sejukkan kek anda terlebih dahulu lebih kurang 1 jam sebelum menghias kek. 

CARA-CARA NAK BUAT CREAM CHEESE FROSTING:
  1.  Satukan cream cheese, gula aising, dan fresh milk ke dalam mangkuk mixer.
  2. Mixkan kesemuanya menggunakan high speed sehingga sebati dan kembang.
  3. Ambil nozzle atau guna piping bag untuk menghias kek anda.
 SELAMAT MENCUBA!!!
siapa dah cuba, sila comment dalam entri ni tau, kalau nak bagi saya rase pun bestnyeeeer..

siapa yang teringin nak makan kek red velvet, tapi xlarat nak buat sendiri, boleh la order je dgn saya
tempahan red velvet area banting/lokasi berdekatan

1/2 kg  RM 30
1 kg RM 60

5% diskaun untuk belian RM 120 dan ke atas
call / sms : 019-6219389 (ieyna)

Monday, 10 June 2013

Resipi Mcflurry Oreo @ Aikrim Oreo

last week, saya sebenarnya mengajar 2 kursus pendek di Kolej Komuniti Kuala Langat sempena cuti sekolah. kurus tiramisu dan kursus aiskrim. memandangkan student saya pun tengah cuti semester, jadi lecturer yang free memang digalakkan handle kursus pendek. tak kisah pun nak mengajar / jadi pengurus projek.

Kursus Pembuatan Aiskrim Oreo ni bertempat kat makmal sains, kenapa kat makmal???sebab kat makmal ada freezer. Kursus ni berganding dgn pn. adilah yang comel tu sbg pengurus projek lagi. Jom cuba sendiri buat aiskrim oreo kat rumah anda; aiskrim oreo ni sedap macam m'c flurry oreo kat KFC or MC'd

Sumber : kak ayue @ sifu aiskrim

McFLURRY OREO @ AISKRIM OREO

Bahan A
  • 3 biji kuning telur saiz C (kalau guna saiz A, dua biji pun ok je)
  • 250 ml susu full cream / susu cair
  • 90 g gula castor (guna gula pasir pun boleh je)
  • 1 sudu teh perisa vanila

Bahan B
  • 300 ml non dairy whipping cream (brand mauri/ vivo/ pelabagi brand lain pun boleh)

Bahan C
  • Biskut Oreo (paket panjang / pendek : bergantung nak letak banyak atau sikit) yang telah dikisar atau dipatahkan halus mengikut citarasa masing-masing

CARA-CARA:
  1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam mixer dan mix sampai sebati
  2. Selepas kesemua bahan A sebati, masukkan ke dalam periuk atau pan untuk masak sehingga mendidih dan sedikit likat. Angkat dan sejukkan bahan A tersebut
  3. Sementara menunggu bahan A sejuk, ambil bahan B, masukkan dalam mixer dan pukul hingga kental (kaku dan bertanduk : terbalikkan bekas pun tak tumpah)
  4. Akhir sekali, masukkan bahan A yang telah sejuk dan bahan C yang telah hancur ke dalam bahan B.
  5. Gaul rata adunan tersebut, masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan di tempat beku selama 3-4 jam / semalaman seelok-eloknya.

TIPS NAK BAGI AISKRIM MENJADI:
  1. Mangkuk adunan untuk mix bahan B perlu sentiasa kering sebab whipping cream sangat sensitif dengan air
  2. Pukul whipping cream dengan kelajuan sederhana dan satu arah sahaja. (kalau mixer tu ada sampai 5 kelajuan, guna speed 3 je & ikut lawan arah jam / ikut arah jam sampai whipping cream tu kaku)
  3. Saya pernah cuba buat aiskrim ni tanpa menggunakan telur kuning pun jadi je. Jadi xkisah la nak letak atau tidak, function kuning telur untuk bagi lebih rasa creamy.
SELAMAT MENCUBA SENDIRI!!!

kat bawah ni saya nak sharekan gambar-gamabr sepanjang kursus pembuatan aiskrim mcflurry oreo




penerangan bahan-bahan untuk buat mcflurry oreo kepada peserta


saya tengah tunjukkan nak masak bahan A atas api bagi nampak teksturnya


dah siap pun adunan pertama mcflurry oreo..yummy..yummy..


aiskrim yang dah siap, kami nak masukkan dalam bekas untuk bekukan


bergambar dengan semua peserta dan hasil mcflurry oreo dalam kelas



Sunday, 9 June 2013

gerak kerja 5S


hari ni mmg busy sgt-sgt buat gerak kerja 5S kat ofis..almaklumla..PIC unit exam. ini lah akibatnya kalau tidak amalkan amalan 5S yang positif : SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL

5S cara saya : SEPAH SELALU SUSUN SEKALI SEKALA

akibatnya auditor nak check this week baru nak kalut dengan gerak kerja 5S

kat bawah ni gambar tempat sendiri yang dah huru hara..
tp auditor dtg je, insyaAllah unit exam akan cantik..tengok la siapa PIC..
hari Rabu ni auditor nak dtg check wei..


macam-macam ada, pilih je nak ape
tu dia..atas tray tu selagi boleh sumbat, sumbat je sampai penuh
sibuk buat 5S, sibuk gak nak key in markah student ON4
atas fail pun letak je dokumen, janji ada tempat nak parking brg


P/S : jgn tiru aksi kat atas sekiranya anda teringin nak menang ruang kerja terbaik..lepas 5S kite share gambar lagi ek.

Thursday, 6 June 2013

Tips Bekerja Tanpa Meninggalkan Tuntutan Agama

Isk, isk..isk..sedar xsedar, hari ni dah hari jumaat..pg ni saya nak share tazkirah yang saya pernah hantar kat laman web iluvislam.com..erm, dah lame rasenyer saya tulis artikel, tahun lepas mood berkarya datang. TQVM kpd abg tersayang, zakwan & zikri, kak huda & kak isrul yang menyokong untuk menulis artikel ni. sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan anda semua di pagi jumaat yang indah ni..


USRAH NURANI PAGI INI :


Setiap hari kita bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan hidup seharian. Ada yang bekerja bagi memenuhi keperluan asas. Ada yang bertungkus lumus bekerja untuk menikmati kesenangan dan kemewahan hidup.Anda merupakan golongan yang mana? Sudah tentu anda tahu jawapannya. Dalam kesibukan mencari rezeki dan mengejar kemewahan, jangan kita alpa dan lalai dari mengingati-Nya, jangan kita lupa tuntutan yang lebih utama iaitu mengerjakan perintah agama dan mengejar kemewahan di akhirat kelak. Inilah tujuan utama manusia dihidupkan di muka bumi Allah SWT. 

Berikut adalah beberapa tips untuk bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama: 

kami yang sedang bekerja bertugas di booth Unit Pengoperasian Perniagaan



1) Memasang niat yang baik

• Keluar mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah SWT. Hati akan menjadi tenang sepanjang waktu bekerja jika dimulai dengan niat yang baik dan semata-mata kerana-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud:


"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam."


• Sesungguhnya adalah menjadi rugi sekiranya kita keluar bekerja setiap hari mencari nafkah untuk isteri, anak-anak, dan keluarga  jika tidak berniat bekerja sebagai ibadah. Alangkah baiknya jia kita berniat keluar bekerja kerana Allah, kita pasti mendapat pahala sepanjang bekerja dan mendapat rezeki yang berkat.


2) Jujur dan amanah semasa bekerja
• Ini juga merangkumi penggunaan waktu bekerja. Kita hendaklah memaksimumkan waktu bekerja dengan sebaik-baiknya seperti mengelakkan diri kita keluar menikmati sarapan pagi dan makan tengahari yang terlalu lama. Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh, jujur dan amanah agar kerja yang dilaksanakan selesai dan rezeki yang diterima diberkati.

• Bekerja dengan bersungguh-sungguh bermaksud melakukan kerja di tempat kerja sehabis baik. Orang yang gagal dalam melakukan kerja tidak akan berputus asa sekiranya ada kesungguhan semasa bekerja. Bekerjalah bersungguh-sungguh supaya kerja yang kita lakukan seharian akan memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang baik adalah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

3) Membasahkan lidah dengan zikir dan doa semasa bekerja
• Ketika kita sibuk bekerja, pastikan dalam masa yang sama hati dan lidah juga turut seiring berzikir kepada Allah SWT. Perkara tidaklah susah untuk dilakukan, cuma ia perlu sentiasa diamalkan dan dibiasakan agar ia menjadi sebati dalam tindakan kita. Di samping itu, kita juga dituntut mengamalkan Solat Sunat Dhuha untuk memohon keberkatan dari-Nya dan mohon dimurahkan rezeki yang halal lagi baik.




  gambar daripada iluvislam.com


4) Tidak melengahkan solat fardhu

• Solat fardhu merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan merupakan tiang agama. Jika kita amati, terdapat sebilangan manusia yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sedar waktu solat berlalu begitu sahaja bahkan yang lebih teruk lagi langsung tidak menunaikan solat fardhu. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan ini. Sesungguhnya, kita tidak boleh menunggu waktu lapang tetapi kita yang perlu melapangkan waktu untuk menunaikan tuntutan solat fardhu. Ingatlah, dalam kesibukan kita menjalankan tanggungjawab terhadap kerja dan memenuhi kehendak majikan, jangan sesekali ingkar dan lalai akan perintah-Nya. Sesungguhnya, Allah SWT adalah majikan kepada seluruh manusia.

5) Menggunakan gaji atau upah ke jalan yang baik
• Kita hendaklah membelanjakan gaji atau upah yang diterima dengan sebaik mungkin. Manfaatkanlah gaji atau upah yang diterima dengan bijak untuk menyara diri dan keluarga, membantu ibu bapa, membayar zakat dan simpanan di masa memerlukan. Di samping pastikan diri kita tidak lupa peruntukkan sebahagiannya untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan dan ke jalan-jalan kebaikan. Sesungguhnya rezeki yang kita terima itu adalah milik Allah SWT dan Allah pasti akan memberikan ganjaran kepada setiap kebaikan yang kita lakukan, Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 132 yang bermaksud :



"Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi. Cukuplah Allah sebagai pemelihara."

Mudah-mudahan rezeki yang diterima akan menjadi halal lagi baik berkat usaha kita yang sentiasa bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Barangsiapa yang melihat kemungkaran di depannya, maka ubahlah dengan tangannya, dan jika tiada kemampuan ubahlah dengan lidahnya, dan jika tiada kemampuan, ubahlah dengan hati, dan inilah selemah-lemah iman."


Semoga artikel ini dapat mengingatkan diri penulis dan semua pembaca untuk memperbaiki diri kita semasa melakukan kerja tanpa meninggalkan tuntutan agama.


Sila lihat link kat bawah untuk membaca terus daripada laman web iluvislam.com